amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Wednesday, April 2, 2014

Resepi: Pengat Pisang

Petang-petang hujung minggu bosan tak tahu nak buat ape, gagahkan diri ke dapur. Buat pengat pisang. Biasa tengok je mak buat. Dah tua bangke kena buat sendiri la wei.huhu. Dengan bantuan buku resepi terhasillah pengat pisang saya. Pengat pisang, a traditional sweet dessert.

Saiz hidangan: 2 orang makan

Bahan-bahan:
4 biji pisang abu (atau ape-ape pisang asalkan muda, kulit agak hijau lagi)
1 cawan santan (kalau pekat sangat boleh tambah air
4 tbs gula
2 tbs biji sagu (nak banyak pun boleh, tapi jangan banyak sangat nanti sagu mendominasi kuah)
2 helai daun pandan (ikat simpul dan koyak sikit)
Garam secukup rasa

Cara-cara:
Basuh biji sagu dan toskan.
Potong kecil pisang.
Panaskan santan sambil kacau (api perlahan), masuk sagu.
Bila sagu dah agak kembang, masuk gula, garam dan daun pandan. Kacau sampai semuanya sebati.
Masukkan pisang.
Perasakan gula garam cukup ke tak. Puas hati boleh tutup api dan sedia dihidang.

Nak tambah gula pun boleh, pada saya dah cukup manis. Ini pun saya rasa manis sangat, tapi housemate saya kate ok je. Terpulang kepada lidah masing-masing. Kalau santan pekat sangat, boleh tambah air.

Create a system or be enslaved by another man's.

1 comment:

Ibu Lala said...

Wow sedapnya. Peberet akk tu