Pages

amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Wednesday, April 9, 2014

Buku Sebaik-baik Teman

"Sebaik-baik teman adalah buku".
Saya ingin kongsikan sedikit hasil dari pembacaan buku La Tahzan tempoh hari.

Peneman yang sejati di kala suka dan duka adalah buku. Bacalah buku pabila ada masa terluang. Setiap pembacaan takkan berakhir sia-sia. Daripada menghabiskan masa terluang dengan aktiviti tidak berfaedah, baik duduk baca buku. Walau satu muka surat, pasti ada ilmu yang boleh kita dapat. Pada masa yang sama memberikan kebahagiaan, menajamkan fikiran dan mengembangkan otak.

Rasa susah hati, duduk baca buku. Tak payah peningkan lagi kepala otak mengumpat sana sini atau termenung memikirkan masalah dihadapi. Duduk, baca buku. Setiap buku ilmiah ada hikmahnya. Kebahagiaan juga boleh diperoleh dengan membaca.

No comments: