amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Friday, April 4, 2014

Resepi: Solok lada

Assalamualaikum wbt, hari ni nak kongsi resepi masakan timur. Biasa saya beli kat pasar malam. Mula2 beli dah fall in love gituh. So teringin la nak belajar buat sendiri. Dengan bimbingan housemate saye yang majoritinya mek Kelantan sendiri, terhasillah homemade solok lada saya. Solok lada paling padan makan dengan nasi kerabu. Takde nasi kerabu, nasi putih pun takde masalah. Biasa guna cili hidup hijau yang warnanye hijau muda, bukan yang hijau tua biasa tu. Cili hijau ni susah sikit nak didapati, ikut musim jugak. Kalau guna cili hijau biasa pun boleh jugak cuma lagi sedap kalau cili hijau muda ni.

Bahan-bahan:
2 ekor ikan selayang
4 cili hijau (cili hidup hijau yang warnenye hijau muda, biasa untuk solok lada, kalau cili hijau biasa pun ok. Lagi sedap kalau cili hijau muda ni)
2 biji bawang merah
1 1/2 cawan kelapa parut muda (kalau tua pun boleh cuma lembik sikit isi nanti)
1/4 cawan santan
Sedikit lada hitam (letak kalau nak pedas, tak yah pun takpe)
Secubit garam dan gula

Cara-cara:
  1. Rebus ikan bersama air dan secubit garam (boleh letak asam gelugur kalau nak hilangkan lagi bau ikan, tak letak pun takpe) sampai agak-agak masak. Toskan. Buang tulang ikan.
  2. Tumbuk ikan tadi bersama bawang merah, kelapa parut dan lada hitam. Tumbuk sampai lumat. Masukkan garam dan gula secukupnya.
  3. Belah cili hijau dan buang empulur dan bijinya.
  4. Sumbatkan bahan tumbuk tadi ke dalam cili hijau.
  5. Panaskan santan dalam periuk, masukkan cili sumbat, masak dengan api perlahan. Biar sampai santan kering.
  6. Sedia untik dihidang bersama nasi.

Ada banyak cara, ada orang tak rebus pun ikan tu. Kalau santan pekat sangat, boleh tambah sikit air. Kita nak pastikan santan meresap le dalam solok lada kita. Goodluck!

Gambar dari google aja
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

No comments: