Pages

amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Wednesday, March 26, 2014

Hukum Meminta Orang Bukan Islam Sama-Sama Berdoa Mengikut Anutan Masing-Masing


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25 -27 Julai 2006 telah membincangkan Hukum Meminta Orang Bukan Islam Sama-Sama Berdoa Mengikut Anutan Masing-Masing Dalam Satu Majlis Yang Dihadiri Oleh Penganut Pelbagai Agama. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Doa tergolong di dalam perkara ibadah kepada Allah SWT dan ia hendaklah dilakukan sebagai suatu acara yang tidak bertentangan dengan roh ibadah dan rasa tawaduk kepada Allah SWT kerana bagi orang Islam memohon dan mendoakan sesuatu hanya kepada Allah SWT sahaja.
 

2. Oleh itu, Muzakarah memutuskan bahawa orang Islam tidak harus meminta atau mengarahkan orang bukan Islam berdoa mengikut agama mereka masing-masing. Walaubagaimanapun, jika mereka berdoa atau memohon sesuatu mengikut ajaran mereka dengan kehendak mereka sendiri tanpa diarahkan, perbuatan tersebut tidak dilarang.

sumber rujukan:  
Portal Rasmi Fatwa Malaysia
Jakim

Hal lain boleh beralah. Hal agama jangan sekali. Hidup kerana Allah SWT.

No comments: