Sempena saya bercuti di kampung, dan sebelum saye pulang ke Jengka, kami buat la makan-makan sikit. First time buat mee udang ni. Resepi ni adalah resepi ilham mak mertua kakak saya. Resepi ni agak simple dan bahan-bahannya mudah didapati. Cara masak pun sangat la senang. Just campur dan biar didih.
Saiz hidangan: 10 orang makan
1 kg udang (direbus dan simpan air rebusan udang)
2 botol sos cili
2 tin tomato soup campbell/kimball
4 biji telur (pecah dan kacau)
3 kg mee kuning/kuey teow (celur dan tos)
Minyak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar:
5 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
Segenggam cili kering
Hiasan:
Daun bawang
Daun sup
Bawang goreng
Sayur sawi (celur dan tos)
Fish kit (celur dan tos)
Cara masak:
Tumis bahan kisar hingga naik minyak.
Tuang sos cili dan sos tomato soup. Tambah dalam 3 cawan air.
Masak hingga naik minyak.
Masukkan air rebusan udang. Masak hingga menggelegak.
Tuang perlahan telur sambil kacau (sentiasa kacau nak bagi elak telur berketul)
Terus masukkan udang.
Tambah garam dan gula secukupnya. Perasakan garam gula.
Dah menggelegak, boleh tutup api. Makenyer, kuah mee udang sudah pun siap.
Boleh dihidang dengan mee/kueyteow bersama bahan hiasan.
Selamat menjamu selera.
Gambar diambil dari google saja.
No comments:
Post a Comment