Pages

amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Tuesday, April 8, 2014

Rahsia Air Zam Zam

Assalamualaikum,

Ada satu hari tu, saya lepak-lepak tengok tv. Ada satu rancangan berkenaan kehebatan air zam zam. Saya nak kongsikan sedikit kerana pada saya fakta ini sangat menarik dan perlu kita tahu agar kita lebih memanfaatkan adat berselawat dan berdoa dalam kegiatan harian.

Dokumentari tu memaparkan penerangan saintifik bagaimana air zam zam mampu mengubat segala jenis penyakit seperti yang telah termaktub di dalam kitab suci Al-Quran.

Mengikut kajian para saintis, molekul air berubah mengikut emosi manusia sekelilingnya. Emosi yang baik menghasilkan molekul air berbentuk kemas dan cantik. Manakala emosi yang tidak baik akan menghasilkan molekul air berbentuk berselerak dan buruk.

Para saintis juga telah mengkaji molekul air zam zam, hasilnya molekul air zam zam menunjukkan molekul yang sangat indah yang terpancar aura tenaga yang tinggi.

Air yasin contohnya juga akan memberi kesembuhan kepada si minum. Hal ini kerana air yang telah dibaca dengan ayat suci al quran di mana pembacanya mempunyai emosi positif, molekul air tersebut menghasilkan aura tenaga yang bermanfaat.


Sumber imej: sarazaqia.blogspot.com


Sebab itu jugalah para isteri terutamanya apabila memasak untuk keluarga tercinta, disarankan berselawat. Maka masakan yang dijamu keluarga bukan sahaja sedap, juga menghindarkan sikap negatif.
Mungkin sebab tu jugalah orang tua marah kalau kita gaduh depan makanan.

Untuk pengetahuan, Rasulullah SAW tidak pernah mencela makanan walaupun makanan itu tidak sedap. Kita ni asal je makanan tak sedap, komen bukan main lagi macam diri sendiri hebat sangat masak. Sebab itu jugalah kena baca doa sebelum makan ataupun minum. Sebab itu jugalah bila baca yasin, kita letak botol air kat depan dan buka penutupnya.

Kerana air dipengaruhi oleh emosi manusia sekeliling. Air zam zam ialah air yang paling indah molekulnya dan paling tinggi tenaga bermanfaat. Subhanallah..





No comments: