amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Wednesday, December 24, 2014

Doa Mohon Dielakkan Dari Banjir.

Sampai hari ini, kawasan banjir semakin luas. Makin ramai mangsa banjir yang terpaksa berpindah. Harta terpaksa ditinggalkan. Pelbagai dugaan perlu mereka tempuhi. Rakan-rakan saya di sini yang keluargnya di Kelantan, Terengganu, Pahang sedang dalam kerisauan. 


Sayu rasanya mendengarkan rakaman audio dari seorang mangsa banjir di Manik Urai yang sekarang sedang ditenggelami air. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita.

Monday, October 27, 2014

Tuesday, October 21, 2014

Monolog

Kadang-kadang mesti nak terfikir, keseorangan. Tiada tempat untuk bermanja. Kalau ada boyfriend ni best, boleh meluahkan perasaan, boleh nak ceritakan perkara-perkara yang merungsingkan hati dan sebagainya. Orang lain, dah kahwin, ada tempat bermanja, ada orang ambil berat, risaukan kita di sini. Kalau dibiarkan fikir jauh dan melayan perasaan ini, sebenarnya merugikan diri sahaja. Masa dibuang, hati merana. Bertambah kosong jiwa.

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".

(Surah Al-Asr,Ayat 1-3)

Satu perkara yang kena ingat. Kita tak keseorangan. Allah SWT setiap masa bersama. Setiap masa mendengar. Setiap masa melihat. Setiap masa mengetahui apa yang kita sedang lakukan, telah lakukan dan akan dilakukan. AllahSWT paling sayang akan hambaNya. Mahupun hambaNya ini sering kali membuat dosa, sering kali lupa dan alpa dengan nikmat duniawi. Hinggakan tanggungjawab sebenar ditinggalkan, diketepikan. Masa dibazirkan semata-mata memenuhi kehendak diri yang sentiasa tamakkan hiburan.

Apa yang akan kita lakukan. Seandainya kita ketahui tarikh ajal. Seandainya kita diberitahu akan menemui ajal esok. Apa yang akan kita lakukan pada hari ini. Semestinya akan menyesal kerana nikmat masa selama ini telah disia-siakan dengan perkara yang tidak membawa faedah.

Nikmat masa. Nikmat kesihatan. Dua nikmat yang sering disia-siakan. Alangkah indahnya kehidupan seandainya tiada kata putus asa dalam diri. Alangkah indahnya kehidupan jika keyakinan kepada takdir Allah SWT tidak goyah. Alangkah indahnya kehidupan ini jika bertawakal kepada Allah SWT. Hidup kerana Allah SWT. Alangkah bahagianya hati ini jika bersyukur dengan setiap pemberian Allah SWT.

Maka, bersyukurlah, ingatlah, Allah SWT sentiasa di sisi, memanggil kita untuk kembali ke jalan yang benar.

-Monolog untuk sedarkan diri dari lamunan.

Thursday, September 4, 2014

Quotes for the Day


"Kami hidup bersama rasulullah dan kami lihat tanda-tanda kenabian seperti mukjizatnya, kami benar-benar melihat dan mendengar darinya, lalu kami memeluk islam, dengan kukuh dan teguh dan serta dengan mudah. Tetapi kamu, tidak pernah melihat dan mendengarnya, kiranya kamu beriman dengan apa yang tidak kelihatan. maka ganjaranmu lebih besar sekiranya kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dengan sepenuh jiwamu."

-Khalid al Walid

Wednesday, September 3, 2014

Hati


"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. "

(Surah Ali' Imran 3 ayat 8)

Thursday, August 28, 2014

Bacaan Al-Quran bersama Adik Qayyim

Words of Wisdom


"Manusia itu tidur lena, apabila kematian tiba baru dia terjaga daripada tidurnya. Demikianlah orang yang tidak mengingati mati itu sentiasa dalam keadaan lalai atau bagaikan orang yang tertidur dan akan terkejut bila kematian datang secara mendadak."

-       Saidina Ali Abi Talib


Tuesday, August 5, 2014

Palestina

Palestina sebutir mutiara.. 
Palestina sebentuk permata.. 
Menjadi taruhan berbagai jiwa bangsa.. 
Menjadi sandaran percinta Agama..
Palestina.. 
Saksi pada berbagai bencana.. 
Gugur di sana pembela Agama.. 
Tidak terkira jiwa yang tidak berdosa.. 
Tersimpan di sana berbagai rahsia..
Palestina.. 
Bumi mu bumi baraqah.. 
Tempat mu Isroqnya persuruh Allah.. 
Tidak gentar walau dada di belah.. 
Demi menegak Daulah Islamiyah..
Palestina.. 
Bumi mi bumi mahsyar.. 
Bukan lagi bumi yang terbiar.. 
Segala sengketa akan terbayar.. 
Setelah di hissab pasti di hantar..
Palestina.. 
ILYA panggilan untuk mu.. 
AL QUDS gelaran bagi mu.. 
InsyAllah akan KAMI bertamu.. 
Untuk menyahut seruan jihad mu.

Wednesday, July 23, 2014

Pejuang Al-Qassam

Tentera Muhammad.

Do'a untuk Saudara Gaza, Palestine


Ingin saya kongsikan di sini. Daripada sahabat saya.

Marilah kita berdoa untuk kemenangan pejuang Al Qassam dan Palestin.
Kekal berdoa untuk mereka.. kita tak mampu untuk berjihad bersama mereka.. tetapi doa kita adalah senjata perang mereka.

Do'a untuk Saudara Gaza,Palestine. .!!!

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺃَﻋِﺰَّ ﺍﻟْﺈِﺳْﻠَﺎﻡَ ﻭَ ﺍﻟْﻤُﺴﻠِﻤِﻴﻦ

Ya Allah, muliakanlah Islam dan kaum Muslimin



ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺍﻧْﺼُﺮْ ﺇِﺧْﻮَﺍﻧﻨَﺎَ ﺍﻟْﻤُﺴﻠِﻤِﻴﻦ ﻭَ ﺍﻟﻤُﺠَﺎﻫِﺪِﻳﻦَ ﻓِﻲ ﻓِﻠِﺴْﻄِﻴﻦ
Ya Allah, tolonglah kaum Muslimin dan Mujahidin di Palestina



ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺛَﺒِّﺖْ ﺇِﻳﻤَﺎﻧَﻬُﻢْ ﻭَ ﺃَﻧْﺰِﻝِ ﺍﻟﺴَّﻜِﻴﻨَﺔَ ﻋَﻠَﻰ ﻗُﻠُﻮﺑِﻬِﻢ ﻭَ ﻭَﺣِّﺪْ ﺻُﻔُﻮﻓَﻬُﻢْ
Ya Allah, teguhkanlah Iman mereka dan turunkanlah
ketenteraman di dalam hati mereka dan satukanlah barisan
mereka



ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺃَﻫْﻠِﻚِ ﺍﻟْﻜَﻔَﺮَﺓَ ﻭَ ﺍﻟﻤُﺸْﺮِﻛِﻴﻦَ 
Ya Allah, hancurkanlah kaum kuffar dan kaum musyrikin 3X



ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺩَﻣِّﺮِ ﺍﻟْﻴَﻬُﻮﺩ ﻭَ ﺇِﺳْﺮَﺁﺋِﻞ ﻭَ ﺷَﺘِّﺖْ ﺷَﻤْﻠَﻬُﻢ ﻭَ ﻓَﺮِّﻕْ ﺟَﻤْﻌَﻬُﻢْ
Ya Allah, binasakanlah kaum Yahudi dan pasukan Israel Zionis dan sekutunya Obama dan Amerika dan cerai-beraikanlah kesatuan mereka 3X



ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺍﻧْﺼُﺮْ ﺍﻟﻤُﺠَﺎﻫِﺪِﻳﻦَ ﻋَﻠَﻰ ﺃَﻋْﺪَﺍﺋِﻨَﺎ ﺃَﻋْﺪَﺍﺀَ ﺍﻟﺪِّﻳﻦ
Ya Allah, menangkanlah kaum Mujahidin atas musuh kami
musuh agama



ﺑِﺮَﺣْﻤَﺘِﻚَ ﻳَﺂ ﺃَﺭْﺣَﻢَ ﺍﻟﺮَّﺣِﻤِﻴﻦَ
dengan RahmatMu, Wahai Yang Maha Pengasih



ﻭَﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻰ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲِّ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ
Dan sampaikanlah selawat kami kepada Nabi Muhammad SAW


Panduan Doa Qunut Nazilah


Doa adalah senjata mu’min yang paling efektif, terutamanya dalam waktu-waktu krisis. Antara doa yang diamalkan oleh Rasulullah adalah doa Qunut Nazilah. Doa mesti diteruskan agar rejim pengganas Zionis hancur sehancur-hancurnya dan tanah Palestin yang terjajah sejak tahun 1948 dapat dikembalikan semula. Jangan lupa doakan kemenangan umat Islam setiap kali selepas solat fardhu dan juga pada kesempatan-kesempatan lain


PANDUAN QUNUT NAZILAH

Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.

CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal.

Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran
3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .

Peringatan:
· Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.

· Imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.


DOA QUNUT NAZILAH

Maksudnya: 'Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

Subhanallah... Hujan Meteor di Malam Raya Nanti. :)

Ade rezeki, panjang umur, moh kite dongak ke langit di malam raya. Melihat keindahan ciptaanNya. Subhanallah.

Pengalaman saya tengok hujan meteor ni kira-kira 6 tahun lepas. Hampir 25 biji meteor saya nampak. Subhanallah..cantik sangat. Terasa diri ini sangat kerdil. Ada rezeki boleh la tengok lagi.



Sumber: Utusan Malaysia


Thursday, July 3, 2014

Hukum 'Selfie'??

'Selfie' ni benda dah common dah. Ada yang baik dan ada juga yang sebenarnya tanpa kita sedar membawa kepada keburukan kepada diri sendiri dan masyarakat juga.

Ada selfie yang mendorong masyarakat ke arah kebaikan. Ini takpe. Tapi tersilap langkah akan jadi lain pula.

Selfie yang kerap termasuk gambar makanan, gambar muka dan paling tak sangka ada juga orang nak buat...ambil gambar masa beribadat. Patut ke? hmmm....

Tak salah selfie beribadat, tapi berpada-pada. Sekali dalam bulan Ramadhan sudah cukup. Kalau setiap kali pi masjid nak berselfie tak ke berbangga-bangga namanya tu. Biarlah urusan beribadat antara diri dan Allah SWT. Takut nanti Allah tak terima ibadat kita tu. Niat ikhlas jadi lain pula.

Ada juga selfie yang membawa kepada fitnah. Tambah lagi gambar lelaki perempuan berduaan. Fitnah ini boleh menjadi perkara sia-sia dan memudaratkan diri sendiri serta masyarakat Islam sendiri.

Beberapa tokoh bijak pandai sudah pun membincangkan hukum ber'selfie' ni.

Sumber: Berita Harian

Pensyarah kanan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Ustaz Dr Muhammad Lukman Ibrahim berkata hukum asal 'selfie' adalah harus tetapi ia berubah mengikut keadaan

Jelasnya, jika berniat sekadar bergambar biasa untuk berkongsi detik indah bersama rakan-rakan, ia adalah harus. 

Adab 'selfie':
  • jaga adab sopan dan hukum hakam agama.
  • tutup aurat
  • tidak bertujuan menunjuk-nunjuk/ bermegah-megah
    • Contoh: gambar makanan sedap dan mahal, perkara mewah.
    • mencetuskan RIAK dan timbulkan hasad dengki kepada orang lain.
"Ia tidak salah, sekiranya gambar yang dikongsi bersama 'friends' atau 'followers' itu adalah golongan sama taraf dengan mereka. Tetapi jika di kalangan teman-teman, ada golongan yang susah atau fakir miskin maka lebih baik jangan dimuat naik."
Ada masa juga, budaya 'selfie' dalam beribadat tidak perlu kerana ia melibatkan urusan antara manusia bersama Allah SWT

Boleh jadi juga perkara sia-sia, andai setiap masa ingin ber'selfie'. 
Allah SWT berfirman (sifat) orang mukmin ialah menjauhi perkara sia-sia
So, makanya, kita sebagai manusia, berpada-padalah ber'selfie'. Jangan tanpa sedar pahala kita ditolak.



Semoga ibadah kita diterima. Aminn.....

Wednesday, July 2, 2014

Jadual Perlawanan Piala Dunia Suku Akhir

Perlawanan Suku Akhir nanti:

Sabtu/ 5 Jul
12:00 am
France – Germany
Sabtu/ 5 Jul
04: 00 am
Brazil – Colombia
Ahad/ 6 Jul
12:00 am
Argentina – Belgium
Ahad/ 6 Jul
04:00 am
Netherland – Costa Rica



Keputusan Piala Dunia FIFA Pagi Tadi

Keputusan Piala Dunia FIFA awal pagi tadi dan melayakkan pasukan ke Suku Akhir:


Keputusan Piala Dunia FIFA Pagi Tadi:

Argentina – Switzerland
1 - 0
Belgium – USA
2 - 1

Argentina akan bertemu Belgium di suku akhir nanti (6 July, 12:00am)

Adab Memulakan Perjalanan


Andai anda akan ada perjalanan jauh. Menziarah saudara ke, kerja ke. Sehari sebelum perjalanan, preparation apa yang anda akan buat?

  • Basically of course, siap beg. Bungkus segala jenis baju, kalau boleh sampai satu almari baju nak bawak sekali.
  • Bawa duit yang cukup, dan lebih molek ada duit spare. In case anything might happen.
  • Solat sunat musafir, membaca doa musafir. Semoga perjalanan kita lancar dan diberkati Allah SWT.
  • Kebenaran mak ayah. Restu mak ayah itu penting tau. Tak beritahu diorang, kalau apa-apa jadi, haaa…sedih depa, kita pun takde menyesal di kemudian hari.
  • Mengkhabarkan rakan/ jiran terdekat/ saudara mara.

Sebelum memulakan perjalanan jauh, adalah perlu untuk kita mengkhabarkan rakan terdekat atau jiran sebelah. Supaya orang tahu ke mana kita menghilang. Dapat lah doa keselamatan daripada mereka dan diorang boleh tengok-tengokkan harta yang kita tinggalkan, contoh, kereta, duit dan sebagainya.

So, sebelum travel, pastikan someone knows where you are heading. Bukan la nak kena kecoh satu kampong, nanti orang kita kita riak plak dohh. At least orang yang terdekat.

Sekurang-kurangnya orang yang sayang kita tak risau memikirkan ke mana kita menghilang. Doa mereka mungkin akan lebih melancarkan perjalanan kita. Tak sempat call, mesej pun takpe. Even one simple sentence could change a lot of things.


Dah sampai destinasi pun sama. Baca doa sampai tujuan, ucap Alhamdulillah sampai dengan selamat, mengkhabar saudara/ kenalan berkenaan ketibaan anda.
Adab-adab ini menjadikan perjalanan kita lebih bermakna. InsyaAllah.



"Ingatlah orang yang tersayang dan menyayangi.."

Monday, June 30, 2014

Perlawanan Piala Dunia Malam Ini


Perlawanan malam ini:

12:00 am
Perancis - Nigeria
4:00 am
Germany - Algeria