Pages

amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Monday, October 28, 2013

Lepas jua

Alhamdulillah. Lepas jugak loan kereta saya. So, BGH boleh duduk kat kampung untuk digunakan oleh pewaris seterusnya. Kereta Viva je pun saya beli. Dah biasa bawa Saga, pecut kemain. Tambah lagi jalan kat Karak. Seronok la bawak laju kona kiri kanan. Tapi dah dapat kete comel nanti, kena la kawal diri sikit. Kereta ringan kan. Tak pasal-pasal terbalik pulak. Hehe. Sekurang-sekurangnya maintainenance tak membebankan..mungkin..ala tau je la kereta..ade time dia nak buat hal kan.
Braces pun dah habis bayar. Cuma tinggal bayar untuk retainer. Gigi geraham bongsu kat belakang buat hal plak. Tumbuh salah tempat..huhu..mesti kena operate ni.
Member gila shopping online. Baju tudung semua dia beli online. Patut la cantik. Hihi. Sekali minta dia share link web dia selalu visit, tak ter'visit' den. Banyak. Kalau ikut hati jiwa raga minggu pertama gaji dah kering duit dalam bank. So, kuatkan iman dan perasaan tahan diri. Hihi.

Tuesday, October 22, 2013

Petua: Cara simpan ayam tahan lama

Kami sekarang hidup tanpa peti ais. Peti ais kat rumah sewa ni hari tu tetibe rosak. Tuan rumah tak emboh beli baru. Kami pun survive beli barang dapur setiap hari untuk masak. Kak Maya bagi tips nak simpan ayam untuk beberapa hari tanpa peti ais.

Caranya~~

Ayam digaul bersama garam. Rebus bersama air, halia dan serbuk kunyit sampai ayam masak dan air kering. Setiap pagi panas semula ayam rebusan itu dengan tambah sedikit air. Boleh tahan dalam 3 hari.

Woahhh. Duduk sini baru tahu semua ini. Kwi~kwi~.

Resepi: Kuih Donut

Who says making a donut is such a hassle. Orang-orang tua selalu buat kuih-kuih ni untuk sarapan. Nak minum petang pun boleh. Kan. Kan. Kan. Asyik beli kat kedai je. Jom try buat sendiri. Percobaan...tak la lawo macam kat kedai mike punye donut ni.


Bahan-bahan:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 3 tbs mentega
  • 2 tbs susu pekat
  • 1 tsp garam
  • 1 tsp instant yeast
  • Air secukupnya (lebih kurang 1/2 cawan air)
  • 2 cawan gula (diblend halus)


Cara-cara:

  1. Larutkan instant yeast dalam air, dan tuangkan bersama tepung, mentega, susu pekat dan garam.
  2. Campurkan air ke dalam adunan dan kacau adunan sehingga menjadi doh.
  3. Biarkan selama lebih kurang 1 jam atau sehingga doh naik.
  4. Bentukkan doh menjadi bentuk donut. (Tabur tepung atas pinggan bagi mengelakkan doh donut melekat pada permukaan pinggan.
  5. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng doh donut yang sudah agak kembang. Goreng sehingga keemasan. Angkat dan tos sekejap.
  6. Kacau donut yang sudah digoreng bersama gula.
  7. Siap untuk dihidang.

Tu diaa..pelbagai bentuk dan saiz. Tak mahir lagi nak buat doh cantik. Hihi. Gula bukan main banyak kitorang bubuh. Hehe. Don't do this at home. Selamat mencuba!


Practice makes perfect.

Monday, October 7, 2013

Allah Bersama Orang Yang Sabar


Dalam menghadapi kesusahan, sentiasa ada orang lain yang lebih susah daripada kita. Setiap dugaan yang diberi adalah ujian. Hadapi ujian itu dengan sabar. Allah bersama orang yang sabar.