Pages

amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Sunday, May 17, 2015

Isra' Mikraj

Sumber: TV Al-Hijrah

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Ketika aku di Isra’kan, aku bertemu dengan Nabi Musa AS. Beliau seorang lelaki yang tinggi kurus dengan rambut berombak, seperti seorang Bani Syanu’ah. Aku juga bertemu dengan Nabi Isa AS. Beliau berperawakan sedang, berkulit merah, seakan-akan baru keluar dari pemandian. Aku bertemu dengan Nabi Ibrahim AS. Akulah keturunannya yang paling mirip dengannya. Lalu aku diberi dua bejana, yang satu berisi susu dan yang lain berisi arak. Dikatakan padaku, Ambillah yang engkau suka. Aku mengambil susu dan meminumnya. Kemudian dikatakan: Engkau diberi petunjuk dengan fitrah atau engkau menepati fitrah. Seandainya engkau mengambil arak, nescaya sesat umatmu”.

(HR Imam Muslim)


Source: https://www.facebook.com/tvalhijrah.TVAH/videos/951151274915127/


Pendek Waktu

Assalamualaikum wbt.,

Sudah lama saya tidak post dalam blog ini. Setiap kali ingin menaip, mesti hilang semua jenis idea. Entah ke mana perginya. Tengoklah. Andai ada perkara yang ingin diluahkan, akan kutitipkan dalam nukilan blog ini.

Masa mencemburui saya, makin hari terasa makin singkat hari siang yang dahulu terasa lambat berlalu. Adakah kerja semakin banyak, atau masa lebih dihabiskan kepada perkara yang tidak bermanfaat?

Untuk beberapa minggu yang lalu, saya mengalami masalah untuk melayari internet berikutan telefon bimbit mengalami kerosakan. Terasa bagaikan jatuh ditimpa tangga. Rosak pulak sehari sebelum final subjek yang diajar. Anak murid nak hubungi saya memang tak boleh. Miss hilang dari dunia maya. Jadinya, saya lebih kepada alam realiti. Alam maya ditinggalkan untuk beberapa hari. Terasa sesak juga, bagaikan oksigen tidak sampai ke peparu. Namun, hari demi hari, terasa bebas dan perasaan sempit itu makin kurang. Masa lebih dihabiskan kepada perkara yang lebih memberi kesan kepada diri sendiri dan orang lain. Patutlah masa terasa singkat la ni. Banyak masa dihabiskan untuk berinternet.

Tak kawal diri, internet memakan diri.