Pages

amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Wednesday, March 26, 2014

Hukum Meminta Orang Bukan Islam Sama-Sama Berdoa Mengikut Anutan Masing-Masing


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25 -27 Julai 2006 telah membincangkan Hukum Meminta Orang Bukan Islam Sama-Sama Berdoa Mengikut Anutan Masing-Masing Dalam Satu Majlis Yang Dihadiri Oleh Penganut Pelbagai Agama. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Doa tergolong di dalam perkara ibadah kepada Allah SWT dan ia hendaklah dilakukan sebagai suatu acara yang tidak bertentangan dengan roh ibadah dan rasa tawaduk kepada Allah SWT kerana bagi orang Islam memohon dan mendoakan sesuatu hanya kepada Allah SWT sahaja.
 

2. Oleh itu, Muzakarah memutuskan bahawa orang Islam tidak harus meminta atau mengarahkan orang bukan Islam berdoa mengikut agama mereka masing-masing. Walaubagaimanapun, jika mereka berdoa atau memohon sesuatu mengikut ajaran mereka dengan kehendak mereka sendiri tanpa diarahkan, perbuatan tersebut tidak dilarang.

sumber rujukan:  
Portal Rasmi Fatwa Malaysia
Jakim

Hal lain boleh beralah. Hal agama jangan sekali. Hidup kerana Allah SWT.

Tuesday, March 4, 2014

Meja kerja

Assalam. Hari tu ade blogger letak gambar meja kerja. Saya pun nak letak lah. Peniru! Bukan...mencontohi namanyer. Susun sikit-sikit.

Abaikan kertas yang banyak atas rak. Fokus bawah je.hoho.

Saye juga telah merosakkan imej mouse saye. Butiran kilat tu saya beli kat Mr DIY. Daiso takde kat Temerloh.huhu. Sebagai ganti kami selalu beli kat Mr DIY di Temerloh. Hampir sama macam Daiso. Gigih tak kitorang sanggup merantau dari Jengka ke Temerloh hanya untuk DIY.

High achievement always takes place in the framework of high expectation.

Missing Them

Honestly, I miss my family. Rindu keluarga di Ipoh. Rindu kawan-kawan lama. Huhu. Lagi 2 minggu nak balik. InsyaAllah. Dalam masa 2 minggu ni saya teruskan perjuangan. Menggunakan sedaya mungkin mendidik budak-budak ni yang kadang-kadang tengok teringat kat adik sendiri. Ada rezekikah lagi untuk mengajar di tahun hadapan? Wallahualam. Ada rezeki ade la. Tak di sini di tempat lain. Nonetheless, rindu keluarga saya..huhu.. T_T

Monday, March 3, 2014

Quotes For Today

In matters of style, swim with the current. In matters of principle, stand like a rock.


Hampers For Them

Alhamdulillah siap membungkus hamper untuk event nanti. Kalau beli siap kat pasar raya, lagi mahal, dengan kos balut lagi. Buat sendiri lagi best dan lebih bermakna.
Kami shopping barangan hamper ni di pusat borong Cowboy di Temerloh semalam. Ada sesetengah barang lebih murah dari kedai 2 ringgit tapi ade jugak yang tak. Beli sekotak lagi murah. Goodies hantaran kahwin pun ade dijual di sini.
Sebelum pulang ke Jengka, kami singgah makan malam di Restoran Nadiah. Tomyam putih nyer sedap, saya suka udang goreng tepung dia. Tapi agak mahal la, padan dengan kesedapan la jugak. Ade sate dijual di situ, secucuk 50 sen sahaja. Sedap jugak padan dengan saiz la jugak hargenyer.
Lepas ni nak try koey teow di Temerloh. Ada orang kate sedap kat sebuah restoran bawah flyover temerloh. Ada ke? InsyaAllah ade rezeki cuba sana.