Friday, December 21, 2012
Nak balik kampung
Semalam bincang draf tesis say bersama Dr Malik. Nampak la banyak sungguh pembetulan yang saya kena buat sebelum hantar untuk pre-viva minggu depan. Balik kampung bawa kerja la saya macam ni. Ingatkan nak balik hari Ahad ni, tapi fikir-fikir balik, balik je la Sabtu ni. Boleh jumpa semua orang. Ahad semua dah kelam-kabut nak balik dah. Tak mahu buang masa juga kan. Lagipun balik nak singgah Seri Iskandar dulu untuk ambil Una. Lama pula nanti Una kena tunggu sampai Ahad baru balik. Tak nak kecewakan Mak juga. Dah beritahu hari Sabtu balik kan. Promise is a promise. Nak balik kampung pun berkira sekarang ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment