amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Thursday, December 27, 2012

Mama Saya Datang

Tengah-tengah memasak resepi sendiri tak tahu masakan apa untuk dinikmati sebagai makan malam petang tadi, Ayahanda kesayangan saya call. Dia kata, "Bas mak esok pukul 3.30 dari Ipoh, balik dari Shah Alam hari Ahad kul 10 pagi". Tetibe mama saya nak datang Shah Alam. Amboi..amboi.. tahu je takde orang kat rumah saya ni sebab semua cuto balik kampung, laju je mama nak datang. Yeay! Takde la saya duduk sorang-sorang kat rumah. Mama teman. Abang saya, Apoi pun kata nak datang sebab kebetulan dia cuti hujung minggu ni. Dia baru ingat nak balik Ipoh. Mama saje je nak buat surprise kan, tapi apa kan daya, ayah dah bocorkan rahsia. Haha. Semangat sungguh mama saya. Siap mesej saya dia tengah masak sambal udang petai nak bawa esok. Sedapnyer!

So, pagi esok renew road tax, pergi kerja, balik kerja pergi rumah Kak Am untuk bagi balik notebook yang saya pinjam hari tu, ambil mama kat Seksyen 17, balik rumah makan sambal petai, gosip-gosip dengan mama.

Kita merancang, tuhan menentukan. Ceeewah~

2 comments:

nur syuhada said...

zai plz make sure anak2 kecil sy tiada bersidaian ye.. hahahah

Salwa said...

semuanyer dah terlambat.hehe.xde pun.