Korang selalu tak beli barang kat internet. Saya pernah juga beli. Tapi tak banyak. Kalau pakaian saya elbih suka beli di kedai, sebab takut kualiti tak seperti dalam gambar. Kajian membeli-belah sekarang saya tengok lebih kepada kajian mengenai e-shopping atau membeli-belah di internet. Contohnya Zalora. Kebaikannya, masa untuk membeli lebih singkat, kita tak perlu ke kedai untuk membeli. Keburukannya pula, kepuasan membeli tu kurang dan kemungkinan untuk barangan yang diterima tidak seperti yang dijangkakan mungkin ada. E-shopping ni yang menggunakan konsep beli dan terus dihantar barangan ke rumah. Namun, pembeli lebih mudah untuk mendapatkan barangan dengan harga murah jika beli secara online. Tambah lagi penggunaan laman sosial untuk perniagaan. Sangat mudah, tidak perlu menyewa kedai dan sebagainya. Pembeli pun senang mendapatkan barangan tertentu walaupun tinggal di tempat yang jauh daripada stokis barangan yang dikehendaki. Bahaya juga beli online ni, tanpa sedar, pembeli akan membeli barangan yang banyak, berlalu pula pembaziran di situ. Kepuasan membeli-belah bersama rakan-rakan pun kurang. Tapi jimat masa. Jadi, penting sangatkah e-shopping di negara kita? Ya. Untuk sesetengah barangan.
Ni monolog sendiri sebab tengah buat kajian pasal membeli-belah. Huu...
2 comments:
dulu slalu jugak beli on9.. skrg dah xda lagi dh.. mmg takut jugak bila dpt brg yg kita beli tak kene kan.. baju lagi oke kot.. cuma kasut jer tak brani.. walaupun size betul tp keselesaan tak menjamin.. huhu..
selama hidup
tak pernah nak ber e-hoping walaupun selalu mengadap laptop..
beli secara realiti lebih memuaskan hati
Post a Comment