amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Tuesday, February 21, 2012

Tempe Goreng Sambal Ala Jawa

Tempe goreng sambal ala-ala yang kat dalam bungkusan nasi ambeng tu...hehe. Dulu ingatkan kena letak kicap, rupa-rupanya tak payah. Bezanya kena tambah belacan saja. Oh...baru I tahu..hehe.

Tempe Goreng Sambal Ala Jawa

Bahan-bahan:
1 bungkus tempe (potong dadu dan goreng)
2 biji tauhu (potong dadu dan goreng)
1 gulung suhun (goreng tanpa basuh a.k.a after basuh pastikan ia kering. Goreng lama sikit supaya suhun betul-betul rangup)

Bahan dikisar:
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili padi
2 sudu cili giling
1 tbs belacan bakar

2 tbs santan pekat (kurang lagi bagus untuk kesihatan)
1 tbs asam jawa (bancuh dalam air dan tapis sisa of course)
1 tsp kiub pati ikan bilis
Sedikit garam dan gula (takyah pun takpe sebab belacan tadi dah masin dah)
Minyak masak

Cara-cara:
1. Tumis semua bahan kisar sampai agak garing. Masukkan air asam jawa dan santan (nak tambah air pun boleh kalau nak agak berkuah).
2. Tambah garam, kiub pati ikan bilis dan gula.
3. Dah naik minyak, masukkan tempe dan tauhu yang telah digoreng.
4. Dah agak pekat mengikut kesukaan hati, masukkan suhun yang telah digoreng tadi. Kacau hingga sebati dan biar hingga pekat.
5. Siap untuk dihidang.

Makan jangan tak makan. Yummy!
Saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan.hehe.

2 comments:

wahida said...

oh, ini makanan feveret aku ni...
maklumlah...aku kan org jawa...hehe...

cik ungu said...

aaghhhhhhh peberet gua nehhh!!
peberet guaaa!!!

*tarik rambut tanda excited~