amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Friday, February 17, 2012

Kuey Teow Goreng

Teringin nak makan nyer pasal so I pun masak kuey teow. Resepi untuk mengingatkan diri sendiri di masa hadapan.hehe.

Kuey teow goreng.

Bahan-bahan:
1 peket kuey teow 
(basuh dan toskan dahulu...cerai-ceraikan dengan lembut tak nak bagi mee dia putus)
15 ekor udang 
(rebus kulit udang dengan air yang sedikit tuk dapatkan air rebusan udang. Simpan air rebusan udang)
(tambah  kerang pun tersangat lah best)

3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
4 tbs cili giling
2 tbs sos tiram
4 tbs kicap pekat (kicap pekat lagi best. Sebab unavailable kat umah I ni, I guna kicap manis jer)

4 rumpun daun kucai
Segenggam taugeh
2 biji telur
Secubit garam

Cara-cara:
1. Tumis bawang-bawang. Masukkan, cili giling, sos dan kicap. Kacau sampai naik minyak.
2. Masukkan air rebusan udang dan udang. Biar sampai menggelegak dan udang masak.
3. Masukkan daun kucai dan telur. Kacau sentiasa tak nak bagi berkerak.
4. Masukkan taugeh dan kuey teow. Kacau sampai sebati. Siap!

Kuey teow of course sangat sedap makan dengan cili jeruk. I tak sempat nak wat. So....resepi yang ni CILI JERUK pun macam senang nak wat. I terlupa nak wat.hehe. So before gi keje pagi-pagi. Malam tu siapkanlah jeruk tu dulu. Baru best!

Saya budak baru belajar. Kalau salah tolong tunjukkan.hehe.

1 comment:

Hanamiko Sakura said...

oh! dah lama tak makan kuew tiau...^^