amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Thursday, November 15, 2012

Sahabat tolong.

Hari ni duduk rumah je. Buat balik graf-graf yang dah tak link dalam microsoft word dengan data. Rasa macam buat kerja 2 kali. Sigh~~ Walaubagaimanapun, alhamdulillah dapat pinjam laptop baru ni rasa ringan sikit. Thanks to my lovely lovely lovely..hehe...rahsia. Akanku jaga harta ni betul-betul dan manfaatkan ia. Jasamu dikenang, 1 Malaysia! Tetibe. Ingat, hormat diri sendiri dan dia. InsyaAllah semua terjaga.

Laptop lama Jamal hantar kedai sebab dia nak cek apa sebenarnya yang rosak. Kalau boleh dia tak nak format laptop tu. Dah hantar kedai rupenye. Ingat nak ambil je laptop tu. Orang nak tolong kan. Takleh kata ape da.

Kak Am pun hari tu bagi pinjam notebook dia siap sekali dengan wireless mouse dia. Dia kecian tengok I macam orang giler kat lab takde laptop nak buat kerja. Tetibe pulak komputer kat lab tu rosak time-time camni. Waktu kita susah ni syukur sangat-sangat ramai orang tolong.

Rehat sebentar masak popiah goreng. Sos dia I masih lagi tak pandai nak buat. I am not a very good cooker. Huhu. I'm learning though.

Semalam beli sayur kat pasar malam. Ada la duit baki sikit. Lepas je bayar, tetibe ade makcik ni minta sedekah, buatkan I terfikir, agaknya rezeki I sempit sejak kebelakangan ni sebab kurang bersedekah kot, terus je I hulur duit tu. Apa la sangat. Kite tak tahu. Sedekah yang kita hulur, barang kali menebus hutang-hutang kecil yang kita sendiri tak sedar yang sebenarnya kita berhutang. Wallahualam. Tu belum dosa-dosa kecil lagi mengumpat dan sebagainya. Astaghfirullahalazim....hambaMu ini sering kali leka dan alpa. Ampunkanlah dosa kami, janganlah Engkau berhenti memberikan nur hidayah kepada kami Ya Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Sekarang dah ramai orang tolong, haaa...kena la put all my effort into finishing my thesis. Chaiyok!

No comments: