Pages

amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Wednesday, November 14, 2012

Petunjuk itu ada di jalan mereka yang mencarinya.

Hari ni Federal Highway sangat lengang. Sampai tempat kerja pun sekejap je. Kan seronok setiap hari macam ni. Tapi memang tak la kan. Ramai orang balik kampung sempena cuti Awal Muharam. I tak dapat nak balik sebab ini la masanya untuk buat kerja. Petang tadi sempat masak popiah goreng. Tetibe mengidam. Bersungguh balik singgah Giant untuk beli bahan popiah sahaja. Hehe.

Rindu kat keluarga di kampung. Tak dapat nak balik. InsyaAllah hujung bulan ni saya balik ye mak..ayah...huhu...

Sempena tahun baru ni, ada 'a list of' azam I aim untuk kecapi sepanjang tahun baru ni. InsyaAllah dengan kesungguhan dan kegigihan. Tak nak tulis kat sini sebab segan. Hehe. Tahun baru semangat baru. Semoga hidup kita dilindungi dan mendapat rahmat daripada Yang Maha Esa.

Petunjuk itu ada di jalan mereka yang mencarinya.
Source: miazarrannur

Selamat menyambut Maal Hijrah 1434. :D

No comments: