amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Thursday, October 27, 2011

Jangan Berhenti Berdoa

Kak ana, susahnya nak buat keputusan untuk masa depan.

Biasa la tu Zai. Kita tak tahu takdir kita yang telah ditetapkan. Tuhan je yang tahu.

(pandang ke langit)
Ohh Kak Ana, banyaknya permainan hidup ni.

Tu la orang cakap hidup ni macam satu permainan. Macam-macam ujian disediakan untuk kita. Soal hati sangat kuat. Doa kepada tuhan. InsyaAllah Dia akan menunjukkan jalan kepada kita. Bila kita betul2 kebuntuan InsyaAllah tanpa kita sedari Dia tunjuk jalan untuk kita.
(vroommm...vrooommm...)
Ha..dah sampai pun. Bunyi kete kuat tu dia le tu. Takde orang len dah.

To...yo...ta...(terbaca nama brand kete tu)

Perli ey. Jangan naik.hahaha. (sensitip sebab kete lame)

Bukan la Kak Ana. Saya kagum. Dia masih student lagi dah dapat beli kereta semata-mata untuk kesenangan wife dia yang tersayang. Hebat la husband Kak Ana! (sambil tunjuk thumbs up)

Hihihi. (senyum bahagia)

Kak Ana dan Abang Kidr, pasangan suami isteri diijabkabul pada bulan lepas. Masing-masing masih berjuang melanjutkan pelajaran. Saya doakan mereka bahagia dunia akhirat dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Mak pesan jangan berhenti berdoa.

9 comments:

Suhami Ahmad said...

selamat pengantin baru =)

iKhRam said...

kadang2 kebahagian tuntutkan pengorbanan

sapa yg kuat, dia pasti berjaya kan/

eva said...

betul tu.. jgn berhenti doa.. jgn putus harapan.. setiap liku2 perjalanan ada jalan penyelesaian dia.. hehe ;)

Adylia Qarissa said...

barusaha dan berdoa :)

~Sya~ said...

apa2 pun terpulang pd diri masing2 kan...

LiFe KaMi said...

selamat pengantin baru pada Kak Ana,
semoga kekal ke akhir hayat..

Salwa said...

Suhami Ahmad:
Terima kasih :) (bg pihak mereka)

Salwa said...

ikhram:
Betul. Pengorbanan tu akan dibalas dengan ganjaran lain di masa depan.

Salwa said...

eva: liku-liku itu perlu dihadapi dengan bijak kan.
Adylia Qarissa: :)
~Sya~: Setiap orang diberi ujian berbeza kan.
Life kami: Terima kasih :)