Pages

amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Monday, October 10, 2011

Majlis Perkahwinan Abang Mokhtar

Sabtu dan Ahad lepas me and my family sibuk menghadirkan diri ke kenduri kahwin sepupu I, Abang Mokhtar. Akad nikah pada hari Sabtu. Alhamdulillah sekali lafaz je. I pergi dengan abang, Ayahchor,, Makchor dan Azfareena (my cousin). Mak, Ayah dan Una tak sempat hadir ke majlis akad nikah tu sebab de masalah dengan kereta, tertangguh pulak perjalanan diorang. So, kami pun bercadang jumpa saja di Bangi. Kemudian, kami pun bertolak ke Bangi, rumah anak Makchor, Abang Lutfi di Seksyen 14. Sampai pun pukul 3, sempat pulak kitorang pergi ke open house dekat rumah Abang Lutfi tu. Dapat la makan spagetti.

Then, kitorang bertolak ke Senawang, Negeri Sembilan. Ni kenduri anak saudara Makchor. Malam plak tu kenduri dye.

Ayah sign dengan penuh bergaya.

 Grand.. siap fireworks bagai. Tema pink and white English style...like Cinderella wedding. Oleh kerana kitorang penat berdiri takde tempat duduk (diconquere oleh orang lebih tua), kitorang pun melepaskan gian berkaraoke bukan satu tapi dua lagu.haha.


Balik ke Puncak Alam, semua sangat la penat. Pastu sempat pulak Makchor duk bagi selendang-selendang cantik yang dia dah tak pakai, sebab dah bersara. Ok..I bertuah dapat several new selendang import lagi tu. Bergaya lah I pergi fakulti lepas ni.hehe.



Ni lah mak I yang tersayang. Nampaknye my dad kat belakang tu tak puas hati tengok kitorang bergambar.hehe. (Ignore van jenazah kat belakang tu ye.hehe.sebab kitorang tunggu pengantin kat depan masjid)

Ahad pagi kitorang bertolak ke Klang, kenduri belah perempuan Abang Mokhtar. Tema merah maroon dan hitam. Kenduri ni pun agak grand. Siap ada band performing. Sangat sedap suara penyanyi dia...nasyid gitu.

Abang Mokhtar (my cousin) dan isteri.

Ayahchor dan Makchor hantar Azfareena ke SBP Kuala Selangor. Mak, Ayah dan Una pun balik ke Ipoh. Apoi pulak balik ke Rawang. And I back to Shah Alam.

Penat-penat pun I, malam tu member I ajak tengok wayang. Jumpa sembang-sembang dengan classmate mase degree dulu, Kucai dan Kong. Dah keje dah diorang sekarang. Kitorang tengok Johnny English. I dah tengok dah ritu dengan Syg..tp still best tengok eventhough second time. Part turun naik kerusi mase meeting tu yang tak leh bla, pecah perut gelak part tu. Haha.

Esok sudah mau beli tiket flight tuk pergi conference di Langkawi bulan depan. Money run like water.

No comments: