amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Monday, October 3, 2011

Kenduri Kak Ana

Tahniah kepada Kak Ana dan Abang Kidir. Dah kahwin Kak Ana.. Moga berkekalan bahagia dunia akhirat..InsyaAllah.

Kampung Kak Ana terletak di Felda Triang 3, Temerloh, Pahang. 3 jam jugak perjalanan kami.

Tema pulak warna hijau. Memang kenalah. Kebetulan kitorang pakai baju ala-ala hijau. Except En Nazib..pakai serba pink lagi.

Dah puas bergambar. Kitorang pun terpaksa berangkat pulang. Kalau la dapat stay kat umah Kak Ana mesti best sebab family dia sangat peramah, ayah dia soo happy go lucky. Kitorang pun tak leh stay lame-lame sebab taknak la balik lewat.

Singgah sebentar di tasik Bera.

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Ade ke buaya?Mesti la ada kan.

Walaupun perut masih penuh dengan nasi kenduri, kami singgah sekejap kat gerai yang bertuah tepi sungai tu.

Mula-mula takde orang pun kat kedai tu. Time kitorang sampai, tetiba ramai plak customer datang. 2, 3 buah kereta parking depan kedai. Hihi. Tu la I cakap, kedai tu bertuah pada hari itu.

Mee campur bihun kari. En Nazib punya style.

Lain kali kalau ada rezeki nak pergi lagi ke Temerloh. I tak minat tempoyak, tapi nak jugak merasa tempoyak ikan patin yang semua orang duk kate sedap tu. Hari tu tak sempat nak rasa lauk tu. Masa tidak mengizinkan.

Jauh perjalanan luas pemandangan.

3 comments:

Mya said...

congrats to her. and gamba2 cantik =)

nur syuhada said...

hahahha aku cun eyh? terperasan plk i.. kikiki~ bile nk jalan2 lagi?

emy hamizah said...

sape yg duduk atas pelamin tu yg kawen dulu except yg duduk atas kerusi pengntin.hihi