amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Friday, October 14, 2011

Ikan Masak Sos

Makan malam semalam I cuba masak ikan masak sos. Pedas-pedas masam rasanya.

Bahan-bahan:

4 ekor ikan kembung

2 ulas bawang putih
3 tbs cili giling
2 tbs sos cili
2 tbs sos tomato
2 tbs sos tiram

1 biji bawang besar (dimayang)
3 biji cili padi (dititik a.k.a ditumbuk sikit a.k.a belah tengah)
1 biji buah tomato (potong 8)
1 helai daun limau purut (untuk bau wangi saja..tak yah pun no problemo)

Garam dan gula
Minyak masak
Air

Cara-cara:

  1. Goreng ikan kembung hingga garing. Asingkan.
  2. Tumis bawang putih.
  3. Masukkan cili giling, sos cili, sos tomato dan sos tiram. Naik minyak, tambahkan air. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  4. Sudah naik bau, masukkan bawang besar, cili padi, buah tomato dan daun limau purut.
  5. Sudah agak pekat boleh leh diangkat dan tuangkan ke atas ikan goreng tadi.
  6. Siap untuk dihidang.
Selamat maju jaya. ;)

Ikan masak sos. Ikan tak kelihatan pulak. hehe.


Ilham daripada internet pun.

2 comments:

ikatankasihku said...

walaupun tak nampak ikan, masih nmpk menyelerakan

Salwa said...

ikatankasihku: oh yeah, itu yang kita mahu.hehe.