amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Monday, October 15, 2012

Bercuti di Pulau Jeju - Hari Ketiga



Assalamualaikum and good morning




Peace yaw~

Ok. Sambung cerita lama. Nak kongsi pengalaman bercuti di Korea bulan 6 lalu. 
-Hari Ketiga-


Hari ketiga kami menghadiri konferens di ICC Jeju. Seperti biasa, dari hotel kami naik bas600 turun di ICC. Di konferens tu kebetulan ada free percubaan pakai Hanbok.percubaan??hmm..tatabahasa saya....


Inilah pakaian tradisional diorang..'Hanbok'. Kami dapat pakai free masa konferens di ICC Jeju tu.

Semua baju nak try. Hihi. Gaya sama, sorok tangan dalam baju ok.

Selesai berkonferens, kami bercadang nak jalan-jalan belakang ICC sebab dari tingkat atas ICC kami nampak pemandangan laut yang cantik. Padahal kami tak tahu pun sebenarnya ada benda sangat menarik kat belakang ICC tu. Ada salah satu world's heritage. Apa dia?? Satgi cite..


 Tepi sekali tu lah Dr Malik, my beloved supervisor. Dia pun terpengaruh dengan kitorang berposing saja.

Semua pakat posing. Model i-Made lab. Haha.

Kami main jalan je. Jalan punya jalan rupa-rupanya belakang ICC Jeju tu ada taman penuh batu-batu ni dan ada one of world's heritage. Patut la kami nampak ramai tourists kat kawasan tu. Kami berada di tempat yang betul RUPA-RUPANYA. Tu lar...berjalan tanpa tourist guide. Jalan-jalan...terjumpa Jusang Jeollidae Promenade!!..belit-belit lidah baca.

Ulang lagi..Jeusang Jeollidae Promenade!!! Tempat patut pengunjung Pulau Jeju pergi terutamanya orang yang suka giler tanah, batu dan geografi..*subjek I lemah.wuu.

Subhanallah..sangat cantik.

Bibir tak berhenti memuji keindahan Ilahi. Sangat cantik ciptaan Tuhan.

Nak cerita betapa kecilnya dunia ni. Tetibe kami terserempak dengan orang kita. 3 jejaka Kelantan. Diorang pun first time jalan-jalan kat Korea. Lagi nak dijadikan cerita, one of them kawan sekolah Khu-Z, salah seorang ahli rombongan ni. The worls is so small heyy.

Penat berjalan tengah-tengah panas, kami pun pulang ke hotel masing-masing. Tapi, that's not all. hehe. Rehat-rehat..makan serunding daging Emi bawak, dengan nasi impit rebus Shida bawak, kami teruskan pengembaraan kami. Petang tu kami berjalan ke Cheonjiyeon Waterfall yang terletak betul-betul depan hotel kami duduk (Sun Beach Hotel).  

 Belakang tu la Cheonjiyeon Waterfall. Apa istimewa sangat air terjun ni?? Katanya letusan gunung berapi sangat kuat pada berjuta tahun dahulu menyebabkan tanah tu jatuh ke bawah. Erk..cane nak explain. Google la sendiri! I pun tak paham sangat. Hehe. Semuanya ciptaan Tuhan. Kat Pulau Jeju ni ada banyak air terjun. Cheonjeyeon Waterfall, Jeongbang Waterfall..hmm..tu je kot. Pulau Jeju kan dah diiktiraf sebagai 7 Wonders of Nature.

Selesai bermodeling bergambar semua, hari pun dah senja *kat sana siang nyer pendek. Cepat je dah malam. So sebelum menjelang malam dengan kami perempuan je semua, kami pun balik ke hotel and be a good girl duk diam dalam hotel. 

Mesti korang pelik kan tak lapo ke depa ni berjalan je tak makan-makan. Secara jujurnya memang kami tak makan sangat di sini. Diet?? No lah. Kami makan biskut dan coklat kami beli di Malaysia bawa ke sini. Tapi lunch kami makan di konferens tu..vegeterian kami kat sana. Tiap hari lunch sayur..taugeh..kimchi...saya yang tak makan sayur jadi selera makan sebabkan lapar teramat. Memang kena bawa makanan dalam beg. Kalau tak pengsan la.

Lagi makan apa kat sana? Maggie cup. Ow! Kami beli instant rice kat 7 eleven dekat dengan hotel kami tu. Cuma panaskan dalam microwave (ada kat dalam 7eleven tu) dan kami makan dengan serunding daging Emi bawak dan sambal ikan bilis Ada bawak. Tu lah menu kami. Jangan main-main. Masa kat sana makanan-makanan simple ni jadi tersangat sedap. Makanan Melayu juga lidah ni nak. Selain tuna, I bawa sardin Ayam Brand yang ready-to-eat punye (yang ni sedap sebab ada kuah sekali). Kari ayam dan rendang dalam tin pun kami bawa. Kami panaskan dengan masukkan tin tu dalam boiler kepunyaan hotel. Ganas tak. Haha. Takpe tak rosakkan boiler tu pun.hehe. Telur rebus, roti gardenia, lada sulah, kicap, instant sup cendawan, sup ayam, milo, nesvita...apa lagi ya...dan lain-lain lagi la yang instant. Dah macam dapur dah beg kami. Hehe.

Owkey. Cerita hari keempat will be continued. Adios amigoss~


Tak sabar nak siapkan thesis. InsyaAllah...

2 comments:

ety said...

as-salam nak tnya...
masa adik ke sana pada bulan 6 bagaimana dgn keadaan cuaca nya?
tq

Salwa said...

waalaikummusalam,mase kami pergi tu awal musim panas. Tapi tak panas macam tempat kite. Panas dia pun dalam 23 celcius, macam dalam air cond. Tapi di Jeju kalau hujan angin dia agak kuat.