Sambung cerita lama pergi Korea hari tu. Ada pulak masa nak cerita panjang lebar. Hehe. Kerja dah siap tadi, release stress sikit update blog la. Ikut mood. Hehe. Ok. Bukak album gambar bulan Jun lalu. Hari ni nak cerita hari kedua di Pulau Jeju.
Hari pertama kami bermalam di EJ Goodstay Hotel berdekatan airport. Hari seterusnya kami duduk di Sun Beach Hotel, sebab hotel tersebut berdekatan dengan dewan ICC (tempat konferens kami). Lagipun, hotel ni not bad, agak murah dan kedudukannya berdekatan dengan tempat menarik Pulau Jeju. Ada lagi satu hotel yang kawan I duduk agak berdekatan dengan hotel kami ni, iaitu Felix Hotel. Rate bilik pun not bad. Hotel, of course, kami book kat Agoda guna kad kredit. Komen-komen negatif pada Agoda tu tak leh percaya sangat, hyperbola. Kawan I kata sangat OK bilik tu. OK dengan harga. Dari Goodstay Hotel, kami menaiki bas ke ICC. I tak ingat bas no berapa. Lupa nak take note.
First stop at ICC Jeju. Dengan luggage-luggage sekali bawak.
Dah selesai registration kat ICC, kami bertolak ke Sun Beach Hotel yang terletak di daerah Seogwipo. Kami naik bas 600 ke Seogwipo. Perjalanan ambil masa lebih kurang 30 minit dengan harga KRW1500. Setiap kali naik bas kena touch T-money.
Kami berhenti di hentian New Kyungnim Tourist Hotel..betul-betul depan Sun Beach Hotel. Bas diorang hanya akan berhenti kat bus stop dia..dan setiap stop dia akan umumkan. So, no worries la kena tekan loceng bile..lagipun bas diorang takde loceng pun.
Hotel ni not bad. Boiler, sume ade. Tapi wifi available di lobi sahaja. Kami dapat bilik seaside. Cantik sangat pemandangan dia. Betul-betul nampak jambatan Saeyeon. Ni gambar-gambar bilik kami di Sun Beach Hotel.
Katil OK.
Toilet OK. Tapi takde bathtub.
Pemandangan dati tingkap bilik kami. Cantik kan. Sejuk sangat angin di sini.
Di sini ada 7eleven. Kami dah jadi peminat tegar 7eleven. Kami selalu singgah 7eleven kat situ beli coffee segera dalam KRW1500. Coffee dia sangat sedap dan berjenis-jenis. Kalau tengok iklan tv diorang pun, diorang gemar coffee. You should try the coffee. Mengidam dah..huhu.
Tepi jalan kat sini diorang tanam banyak pokok bunga nasional diorang, Mugunghwa. Warna-warni oren,ungu,pink. Petang kite boleh nampak bunga tu sedang mengembang..more like morning glory.
Oleh kerana tertarik dengan pemandangan depan hotel. Petang tu kami turun jalan kaki menuju ke jambatan tu.
Patung penjaga pulau (kepercayaan penduduk Jeju).
Ahjussi mengait jala. Penduduk di sini kebanyakannya akan pandang kitorang sebab kitorang pakai tudung kot. Diorang tanya kitorang ni orang Arab ke. Haha. Boleh pulak.
Malam tu kami merehatkan diri. Kami makan maggie bersama serunding daging yang Emi bawa dari Kelantan. Roti pun kami makan dengan tuna. Bila kami keluarkan dan kumpulkan makanan kami atas meja barulah nampak betapa banyaknyer makanan kami bawak dari Malaysia. Yelah..mana tak nyer. Separuh beg luggage kami didominasi oleh bekalan makanan.hehe. Memang patut pun sebab di Jeju boleh dikatakan takde restoran halal melainkan restoran seafood. Biasanya restoran seafood diorang tak campur daging atau pun ayam. Tapi kena jaga-jaga jugak, untuk kepastian kena la tanya sendiri orang kedai tu.
Menu petang kami oleh chef Shida.
Pendek plak cerita kali ni. Cerita hari ketiga to be continued. Goodnight!
Bercuti di Pulau Jeju - Hari Ketiga
Bercuti di Pulau Jeju - Hari Pertama
Tempat Menarik: Jeju-do
3 comments:
bestnya....ada persidangan opis ke?
oh tidak! jelesss pegi korea.. uwaaa.. target sy nak g korea 5 taun lagi... makanan kat sana susah nak cari kan? tp seyes mesti rasa lain kan bila berada kat sana.. heee
Suhaimi Ahmad: Lebih kurang la. Tapi berjalan je banyak.Hehe.
Eva: Seoul senang nak cari, Jeju susah sikit. Memang rasa makan masuk dalam drama korea.Hehe.
Post a Comment