Pages

amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Saturday, April 28, 2012

Bercuti di Korea - tiket flight

InsyaAllah bulan 6 nanti I dan labmates I akan ke Pulau Jeju, Korea untuk menghadiri sebuah konferens berkenaan bateri litium. Sudah tentu sementara tu kami akan mengambil peluang untuk bersiar-siar.

Pulau Jeju, Korea Selatan.

Trip kami akan merangkumi Pulau Jeju dan Seoul.

First thing first, oleh kerana kami akan menghadiri konferense, Alhamdulillah Fakulti UiTM kami dapat bagi bajet. Boleh la cover yuran dan penerbangan kami.

International Meeting on Lithium Batteries 2012 conference

Walaupun nak pergi bulan 6, sekarang kami dah beli pun tiketnye..sebab nak dapat tiket murah AirAsia. Lagipun, lebih selamat nak gi oversea ni, beli la awal-awal tiket, kalau tak berganda la harga tiket nanti. Domestik flight ke Jeju pun ade promosi kalau beli awal. Harga tiket AirAsia ni sentiasa berubah-ubah setiap minggu.

Kami nak pergi Pulau Jeju kena naik flight ke Seoul dulu (Lapangan Terbang Incheon), pastu ambil domestic flight ke Jeju sebab takde flight dari Malaysia terus ke Jeju. Di Seoul kami akan naik subway untuk ke Lapangan Terbang Gimpo. Di Gimpo, kami akan naik flight ke Jeju.

(a) International Flight to Seoul

Kuala Lumpur (KUL) ke Seoul-Incheon (ICN):
Flight: AirAsia
Harga: RM489

Seoul-Incheon (ICN) ke Kuala Lumpur (KUL):
Flight: AirAsia
Harga: RM589

(b) Domestic Flight to Jeju Island

Gimpo ke Jeju Island:
Flight: Eastarjet
Harga: KRW 44,100  (atau RM 118.34)

Jeju Island ke Gimpo:
Flight: Eastarjet
Harga: KRW 44,100  (atau RM 118.34)


Kami beli tiket online je. Guna kredit kad. Domestik flight tu pun kami beli guna kad kredit.

Untuk pengetahuan, waktu di Korea adalah sejam awal dari waktu kita. So kalau kita sekarang pukul 1.00pm, mereka pula pukul 2.00pm.

Sekarang tengah tunggu jadual konferens. Nak tentukan stay kat Jeju berapa lama. Kat Seoul orang kata lagi banyak attraction..rugi plak nanti kalo duduk Jeju lama sangat. Kak Sherene pulak sarankan Pulau Namee. InsyaAllah sempat kami pergi sana.

2 comments:

Hanamiko Sakura said...

best nye.. >.<
jangan lupa belikan buah tangan tau.. hahaha

Unknown said...

Hi sis,nk tnya msa book easterjet ada prob x?sy try book,msa choose flight hrga y dipaparkan lain tp dh termasuk tax sume tp bila smpi payment harga jdik lain lg..jd double..n msa nk book contact num problem