amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Thursday, September 29, 2011

Open House

Lunch free hari ni. Kami gi open house Pn Kartini. First time pergi rumah dia. Dia pun baru pindah. Sunway Kayangan. Cantik rumah-rumah kat situ. Kalau la ade rezeki kan, nak duduk rumah macam tu.hehe. Sedap masakan yang puan sediakan. Dia memang pandai masak. Kalau jamuan lab tu, memang dia lah chef. Ade nasi bukhari, roti jala, karipap special (ade telur rebus kat dalam dan sangat besar karipap tu), koktail, air moden sikit ey (tak main air sirap dah, air kotak krisantinum). Puan Karitini ni anak ramai, 6 orang tak silap kecil-kecil lagi diorang. Orang kate anak ramai murah rezeki, senang zaman tua nanti. Anak dia semua comel chubby-chubby, rajin tolong mak layan tetamu (bagi kotak air ngan straw kat akak-akak).

Kenyang. Kenyang. Balik fakulti terus rasa ngantuk. Apa lagi, dengan persetujuan ramai, sebulat suara memutuskan untuk pulang awal. Hehe. Tambah-tambah lagi Dr takde, dia gi Hong Kong ikut aktiviti kolej Mawar.

Esok jamuan raya Postgraduate Society pula. :D

Monday, September 26, 2011

Perfume Kegemaran Ku

Tedeng!

Ni perfume kegemaran.


Gucci Envy Me. Sweet...sweet... I like!

Saturday, September 24, 2011

My First Passport

I've successfully made my first passport last Friday. ;D

Takde la susah sangat rupenye nak wat passport. You just have to bring gambar passport 2 keping, and IC. Also don't forget to bring money to pay for the passport. RM100 for two years. Itu tempoh yang paling pendek. Then, in case IC tak leh dibaca (sebab cip tu rosak), better bring along your birth certificate.

Cover passport rm2.

Tempoh nak siapkan passport tu lebih kurang sejam. Sementara nak tunggu tu I ngan kawan-kawan manfaatkan masa shopping kat kedai dalam kompleks tu.hehe.

Tada~

Passport ni buat kat Jabatan Imigresen. Di Shah Alam, Jabatan Imigresen ada di Kompleks PKNS. Berpusing-pusing jugak kitorang cari pejabat ni. Yelar.. first time katekan.

Everything went smoothly. Cuma I kena amek gambar passport yang lain sebab gambar passport I yang sedia ada agak kurang berkualiti (gambar pun samar-samar, lagipun I cuci gambar tu murah dulu. Kualiti tu penting gak, so I pun amek la gambar baru kat situ jugak (ada disediakan booth instant photo printing). Nasib baik masa tu I pakai agak vouge la..selendang bagai.haha. My friends pun jealous.hehe.

Wanted

InsyaAllah, kami akan bercuti jalan-jalan kat Singapura bulan Disember nanti. Member kami sorang tu tengah study kat National Science Universitiy of Singapore (NUS)...universiti famous tuh..dye memang science freak pun. Dah lame dah dia ajak kami.


Lepas ni boleh ar nak gi oversea sesuke ati. Cume..cume..$$$ je yang menghalang.hehe.de rezeki ade la.

Lab Saya

Inilah suasana lab I bila meeting.

Supervisor kami, Dr Muhd Zu Azhan Yahya bagi talk tentang How to Write A Paper (agaknyer dia bagi talk ni sebab kitorang punya la liat nak siapkan satu paper pun)

Yap, lab kami sangat bersepah. However, don't judge a book by its cover. Ahli-ahli lab ni sumenye mantap-mantap tau. PHD students ramai...master students berbelas. Mana taknye bersepah lab.

Saf belakang menjadi tumpuan.

Sem ni lab kami ada 3 lagi ahli baru: Fadhilah, Ku-Z, dan Fairuz. Diorang ni junior. Ku-Z sambung PHD. Hebat-hebat junior I ni.

Yang berani duduk depan of course mostly yang seniors and PHD students. I masa awal-awal sem suke la duk depan. Tapi dah nak habis sem ni mula la seboleh-boleh nak duk belakang..kalo boleh nak duk belakang instruments lagi. hihi.

Lepas meeting tu seperti biasa semua orang bersemangat lebih-lebihan. Maklumlah baru disuntik semangat untuk teruskan research masing-masing...bukan senang tau nak dapatkan dorongan camni. Tambah-tambah lagi bila masa research kita bertemu di jalan buntu. Rasa nak putus asa pun ada. Tapi, Alhamdulillah dorongan dan sokongan keluarga, senior, supervisors, kawan-kawan membuatkan I rasa nothing imposible when we work hard and most importantly always ask guidance from Allah SWT.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. InsyaAllah.

Thursday, September 22, 2011

Saya Jumpa Dr Gigi 7

This is my second appointment to change the braces. First time letak gambar gigi sendiri dalam blog..rasa malu pun ade.haha. Bulan lepas I pilih warna pink.

Kali ni ingatkan nak teruskan pink..tapi Dr nak letak besi sebagai ganti getah warna tu. So takde warna kali ni. Bosan~~

Sebab Dr  maybe next week dah start cuti bersalin. So my next appoinment would be in next 2 months. This time braces ni lebih ketat...sangat ketat. Hari pertama dan kedua rasa agak sengal gigi ni sebab Dr dah ketatkan besi tu. But still, Alhamdulillah..I boleh je makan macam biasa cuma slow sikit bila takat makan benda keras. That's why sekarang ni I prefer ambil makanan amount sikit, bukan sebab diet (ramai kawan I cakap I makan sebab nak diet..huhu), tapi sebab I makan slow..lagipun bila makan slow ni honestly memang cepat kenyang. I tak tipu.

Sejak pakai braces ni rasa nak senyum je selalu. :D

Monday, September 19, 2011

Pergi conference ke jalan-jalan.

Selasa sampai Khamis lepas ade la satu conference, PECIPTA 2011. It was a big event whereas researchers from many institutions in Malaysia gather and promoting their best research.

Well, mula-mula I takde la rase teringin sangat nak gi (honestly la sebab event tu kat KLCC..jauh!) Then suddenly dapat la ilham (ceih...). Terasa nak gi lak, lagipun bas disediakan untuk ke sana. So me and Emi went to the conference on its last day, Thursday.

Kat sana ade banyak sangat research yang berjaya, banyak yang dah berjaya dikomersialkan. Ada yang researchnyer disponsorkan oleh private companies. Ada yang dah dijual produknya..siap ade duta lagi. Kagum sangat!

We did asked several booths. Sebenarnya kami tak tahu pape pun pasal research diorang tu. I ni major in Physics. Tapi seronok bila tanya booth Chemistry or Biology based research, then, kita faham research diorang tu..rasa sangat puas hati. Siap boleh testing food samples..bukan calang-calang makanan testing tu tau. Eg: probiotic chocolate. Haa..mane nak dapat. Chocolate kat luar tu biasa jer. Takde pun yang mengandungi prebiotics (useful bacteria commonly available in vitagen, yakult etc.) Minumam herba la..sangat pahit! Nasib baik dia tuang sikit je dalam cawan.

Lepas dah puas pusing satu dewan tu kami pun ambil la gambar (perkara wajib ok).

Tengok la..kitorang dapat pamplets je. Mula-mula Emi yang beria nak dapatkan beg. I takde perasaan sangat nak ambil goody bags (sebab pikir bawak balik umah kang semak je). 

Then, suddenly I nampak de sorang laki tu selamba betul dye tulis name kat kaunter pastu terus je diorang bagi dye beg (kat tangan dye dah penuh dengan beg kot). 

Tetibe I rase tercabar! haha. Mata I pun terus aim kat kaunter KPTM (sebab I nampak de beg banyak kat situ). I terus menuju ke kaunter then tulis nama dengan selamber nye (macam laki tadi.haha). 
Ja Jang~ dapat la beg yang agak besar! Puas hati rupanya bile dapat beg.haha. Then, I pun terus menuju ke kaunter-kaunter yang lain...setengah tu I tak tau pun kaunter ape.mata sibuk tengok buku nak sign nama je. Emi pun terkejut tengok I tetiba semangat kutip beg. Last-last tangan kami pun penuh dengan beg. Puas! hihi.

Then, kitorang pun habiskan masa window shopping around KLCC. Dapat gak makan nasi beriyani. Deliciousss~ Oleh kerana kitorang malas nak tunggu bas UiTM tuk balik Shah Alam, kitorang pun balik sendiri nek komuter je. Alhamdulillah..sampai rumah dengan selamat. Penat tapi seronok.


So..moral of the story..kalo gi conference..jangan malu untuk bertanya walaupun kita memang tak tau pape pun pasal benda yang nak ditanya tu.ok.


Wednesday, September 14, 2011

Alamak

Alamak. Bos dah mintak kerja la pulak. Dah dua kali dah dia suruh I fokus kat IONICS more. I je degil. Hehe. I ni cepat terpengaruh. Yes sir! InsyaAllah I akan pulun seminggu ni siapkan satu paper yang memang dah lame I harapkan I dapat siapkan. Again, he advised me to focus on the impedance studies. No need other studies. Yap! I've looked through other journals discussing this topic. However, the information is still not enough. I really need to read more on this topic. Yang dah siap tu better print. Anytime Dr come and check, there'll be something I can show to him.

Don't worry to make mistakes as we'll learn from it.

Tuesday, September 13, 2011

Penghujung bulan

Setiap hari...
Setiap pagi...
Sebelum masuk lab mesti nak jumpa dia.

Tengah hari...
Sebelum makan...
Mesti nak pergi dekat dia.

Semua ni berlaku di kala penghujung bulan..
Setiap bulan begini...
Mengapa.. Mengapa!!

Oh mesin ATM...
Bilakah $$$ nak masuk ni.....
Dah banyak barang in my wish list dah ni wei!

$$$$ tak pernah rasa cukup kan. Ish...ish...ish.

Sunday, September 11, 2011

After long holidays.

I'm back! After 18 days of my raya holiday, I'm back to Shah Alam to continue my study. This time I have a lot and more works to do. A conference is just around the corner. I cuti sangat lama kali ni and don't worry, sepanjang percutian, I did several works. So that tak de la habis cuti je baru nak start kerja. Shock nanti. A lot of unexpected things happened for the past few weeks. I've met my relatives, now I know them better. Honestly, I didn't take much raya pictures. Well, memang my family bukan jenis nak amek gambar sangat pun. So bila orang tanye "nak tengok gambar raya", or "upload la gambar kat facebook". Jawapan I same je. "tak mek gambar pun".hehe. Yap. Itulah family tercinta saya. Selamber dek je.

Banyak nyer la bende nak cite. Ye lar..sepanjang raya lepas kat rumah tu takde internet..nak subscribe internet kredit cukup-cukup survive je..all because I ni agak boros orangnyer. I still tak bape reti nak bajet duit bulan-bulan ni. Sume benda nak beli, sume benda nak bagi, konon orang kaye kan. Last-last by the end of month cukup-cukup je duit dalam poket. Aduhhh...ape salah saye....huhu. (ToT)


Masa raya dapat pisang yang sangat banyak daripada mak cik. So petang-petang I masak cekodok pisang. (nasihat: jangan la letak banyak sangat tepung gandum, nanti keras..rugi..rugi..)




Esok kena gi fakulti awal, kalo tak kompem xde parking sebab student dah start masuk dah.