amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Monday, January 21, 2013

Hari ni hari panjang

Office kat Sunway Uni hari ni teramat la sejuk. So, saya habiskan launch hour saya di Sunway Pyramid. Sanggup berjalan ke situ. Nak ke Sunway Pyramid tu lalu ikut Canopy walk yang diorang sediakan. 10 minit je jalan kaki. Sambil tu tengok pemandangan Sunway Lagoon. Hari ni tak ramai sangat orang macam bulan lepas. But still, ade je orang naik roller coaster kat situ. Tak kerja ke depa ni. Pergi Pyramid bukan beli apa pun, last-last beli roti walnut je. 

Agak bernasib baik hari ni, tak sangka ada kedai hardware kat dalam pyramid. Kedai hardware pun ada dalam shopping mall. Ish..ish..ish..singgah sekejap, bukan beli besi atau pili ye. Cuma nak beli timah pateri atau dalam bahasa inggeris nyer solder. Terpaksa beli sebab semalam pergi lab nak buat elektrod, nak start pateri tengok solder tu dah habis. Kecewa. Sape entah rajin sangat guna benda tu sampai habis. Terkejut mula-mula tengok harga RM30! Sebab satu roll sangat panjang. Tengok kat sebelah ada something roll kecik RM 2.50 je. Alhamdulillah ada. Mampu la saya untuk membeli. Huhu. Siap tanya abang kedai tu untuk kepastian. Takut terbeli benda lain.

Balik kerja terus pergi UiTM nak kejar Dr Malik takut dia balik nak ambik anak. Alhamdulilah dia ada. Discuss la sikit. Dia kata semua ok dah tu. Tapi....benda yang dia suggest buat tu agak berat. Ada rezeki dapat la result tu Dr. Emi ajak stay up kat lab malam ni buat fabrication. Tapi takleh  sebab esok kena bangun awal. Huu. Tak dapat join diorang. Ramai stay up kat lab malam ni. Kak Sherene, Shida, Diana. 

Mak mesej tanya dah beli tiket bas belum. Tak sempat nak beli tadi. Hopefully esok ada tiket lagi. Balik cadangnyer nak naik bas. Takmo bawa kereta. Kos dua kali ganda. Sekarang pikir nak jiiiiiimat je. Jimat ye bukan kedekut. Hehe.

Haihhhh....ok! Dengan berpakaian kerja lagi, makan jajan yang dijual di lab....sambung buat kerja! Electrode fabrication. Tolong la jadi kali ni.