Pages

amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Tuesday, January 22, 2013

Dah Tak Macam Dulu

Dah hampir 5 bulan saya kerja kat sini. Kalau dult time belajar nak pergi fakulti ikut mood je. Sekarang takleh macam tu da wei. Mau kena pecat. Bangun tidur automatik mandi. Orang kata mind alarm. Lewat sikit, kalau bertolak dari rumah lebih pukul 7 kompem-kompem jadi sebahagian dari golongan stuck in federal highway jam. Perjalanan 20 minit jadi 1 jam. Rugi masa, rugi minyak kereta. Kalau stuck in jam, breakfast dalam kereta je. Haiya. Sampai bila mahu macam ni. Dah tak boleh suka-suka ikut mood dah.

Kagum dengan lecturer-lecturer kat office saya. Most of them dah pencen. Diorang jadi part timer kat situ. Part timer pun gaji banyak woo depa ni. Padan la dengan cara kerja depa yang sangat berdedikasi. Nonetheless, they enjoy what they are doing. Dan depa ni non-stop talking. Mereka sangat ramah. Saya sorang je Melayu kat situ dan yang paling muda. Kekok juga nak bersembang dengan depa. Tapi saya bantai je cakap English yang sangat la berterabur.

No comments: