Pages

amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Monday, March 12, 2012

Di Saat Keputusan di Tangan Anda

Pilihan..

Ada masa kite kena buat pilihan. Pilihan yang diberi kedua-duanya kita inginkan. Namun sebagai manusia biasa, hanya satu pilihan yang mampu dilaksanakan. Oleh itu, semuanya terletak di tangan anda. Tanggungjawab menjadi titik rujukan. Walaubagaimanapun,sesungguhnya aku ini insan yang lemah. Sukar membuat keputusan. Was-was sering menjadi penyakit diri yang merugikan manusia itu sendiri.

Apa sahaja keputusan yang dibuat, itu adalah pilihan anda. Janganlah terlalu expect diri untuk menjadi terlalu sempurna yang lambat-laun menggelamkan rasa syukur dalam diri. Semoga keputusan yang dibuat bukan sahaja melegakan diri sendiri, juga melegakan dan memberi kebahagiaan kepada insan tersayang. Cubalah yang termampu menggembirakan hati mereka, selebihnya berserah kepada tuhan. Doa, usaha dan tawakal. Setelah meletakkan usaha dalam sesuatu perkara, bertawakallah, percayalah kepada tuhan. Sesungguhnya perkara yang bakal berlaku ada hikmahnya. Tuhan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita.

Solat Istikharah menjadi kemudahan kepada kita dalam membuat keputusan. Lihatlah betapa kasihnya tuhan kepada kita. Ia bagaikan borang untuk memohon ilham daripadaNya.

Allah SWT berfirman:
".... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya, dan barangsiapa yang berTAWAKAL kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) Nya, sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki) Nya, sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" (At Thalaq, 65: 2-3 - aka Ayat Seribu Dinnar).

2 comments:

Unknown said...

kadang2 kesilapan membuat pilihan itu adalah guru terbaik kita untuk meniti hidup pada masa akan datang =)


p/s : Tapi jangan selalu buat silap! >_<

Salwa said...

Betul.hehe.seboleh-bolehnya elakkanlah buat silap.