Asam jawa sangat banyak khasiatnya bukan sahaja untuk kecantikan muka, untuk kesihatan tubuh badan juga. Asam jawa bukan sahaja digunakan di negara kita je, negara-negara luar seperti Eropah, India, Jepun dan lain-lain turut memanfaatkan tumbuhan ini. Batang pokoknya, daunnya dan bijinya dapat digunakan untuk tujuan kesihatan. Nak disenaraikan sangat banyak petua-petua yang menggunakan asam jawa.
Selain itu, penggunaan asam jawa dalam makanan kita adalah sangat lazim. Bukannya saja-saja nak letak tau. Khasiatnya mampu memberi kebaikan kepada perut kita. Asam jawa boleh menjadi pelawas dan membantu sistem penghadaman makanan.
Bagi masalah perut buncit, amalkanlah petua mudah ini:
Campurkan sedikit asam jawa dengan air suam. Biarkan semalam. Paginya minumlah air asam jawa itu.
Bagi mengubati sakit tekak dan demam:
Minum air asam jawa. Bancuh saja air dan asam jawa.
Ni petua yang I suka sebab senang diamalkan.hehe. Banyak lagi petua-petua lain. Sila lah google ek.
Bahan dalam masakan tradisional sebenarnya berkhasiat untuk tubuh badan kita. So rajin-rajin la memasak daripada makan makanan segera sahaja.
1 comment:
Nice info. Minta share ...
http://cheguzam.blogspot.com
Post a Comment