amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Tuesday, January 24, 2012

Cuti Tahun Baru Cina

Cuti Tahun Baru Cina lepas I balik kampung. Semua orang ada kat rumah. Dah lame tak kumpul reramai camni. Tambah lagi Apoi selalu jer tak dapat cuti. Sibuk benor ngan kerja dia. Tu pun dia dapat cuti sehari je. Kecian jugak tengok. Takpela. Susah dahulu senang kemudian..kan.kan.

Balik-balik jer I disambut dengan bunga ros sebiji yang berjaya tumbuh depan rumah (jarang sekali pokok ros ni nak berbunga..tak tahu la kenapa)

Nak petik memang tak dapat la. Mak protect habis-habisan bunga ni.hehe.

My one and only anak buah..Insyirah sambut dengan sengihan menggoda dia. Ni selekeh baru bangun tidur.

Esoknya, hari Sabtu sekolah depan rumah penuh dengan orang ramai untuk mengutip duit dana 1 Malaysia yang RM400 tu.
Macam ni la suasana depan rumah. Kalau-kalau la kitorang bukak gerai jual air grenti laku. Tapi..sori la. Kitorang takde semangat usahawan.hehe.

I tengok macam-macam jenis orang ada. Kesian tengok pak cik mak cik yang dah tua-tua. Jalan kaki tengah-tengah panas nak ambil duit dana tu. Walaubagaimanapun I tengok semuanya balik dengan muka bukan main ceria. Yelah. Poket dah berisi duit kan. hehe. Tu la keje I siang hari tu. Duk tengok orang dari pintu rumah. (Sebab bosan tak tahu nak watpe lepas balik kenduri). Nak kuar jalan kete plak kena blok. Duduk jela cuci mata..ceihh.

Home sweet home~ Ops! de daun kering tak dibakar di situ. Sape wat keje separuh jalan ni. Ish3.

Sekarang I dah kembali ke Shah Alam untuk meneruskan perjuangan menghabiskan pengajian saya ni ha.

Tomorrow mak ngan adik nak datang jalan-jalan kat Selangor. Mana I nak bawak diorang esok ni..hmm..bawak  je la mana-mana. Yang pastinya I bawak kete main redah je jalan. Sesat tu pasti ada. Hidup mesti mencuba right!

2 comments:

aimaniman said...

salam kenal dan dofolo sini dik..

dekatnya rumah dengan sekolah.. mesti tido x nyenyak sebab dengar loceng sekolah,.. haru gak kan..

Salwa said...

takde la sangat. dah lali dah.hehe.