amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Friday, April 19, 2013

Wanita dan Handbag Tidak Dapat Dipisahkan. Yeke?

Tak paham betul la. Kompius. Takleh bla. Saya tak paham betul dengan diri sendiri dan handbag. Suka nak tinggal handbag merata. Malam semalam pergi lab, dah ngantuk sangat balik lab boleh pulak tertinggal handbag kat lab tu. Sekali dengan kunci kereta dalam handbag tu. Sebab malam tu naik kereta Ada, tak perasan la tertinggal kunci kereta juga. Dah nak sampai rumah baru perasan. Nak masuk balik susah pula nanti kena tahan dek Pak Guard sebab dah pukul 12 malam lebih, restricted time. Lenggang-lenggang kangkung balik tak bawak identiti kad (jadi pendatang asing sekejap), handphone (lebih kepada fungsi alarm)! Tido malam letak jam tangan kat sebelah dengan harapan alarm di kepala yang akan kejut pagi. Nasib baik terjaga tepat pada waktu.
Kebetulan tadi Emi nak masuk UiTM nak hantar Mira, saya pun take the chance. Masuk lab grab the 'precious' handbag, patah balik rumah, naik kereta pergi kerja. Luckily tak jem sebab semua orang dah dalam office kot, saya je terkontang-kanting kejar ke office. Berbekalkan selawat dan doa agar tak jem, saya sampai office dengan selamat. Wii~

Kenapa dengan hubungan saya dan handbag. Tidak serasi kah?? Bagaimana dengan pepatah wanita dan handbag tidak dapat dipisahkan. Erk. Tak termasuk saya ke. Hehe. Adakah petanda kena beli handbag baru, Ceewah~~ *alasan tak leh diterima.

Dah. Nak sambung buat kerja sambil makan roti yang banyak.


1 comment:

Ibu Lala said...

Akk mmg dgn henbeg x leh dipisahkan.