amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Thursday, April 18, 2013

Situasi Lab Imade

Lab Imade sekarang dah makin aktif. Semua dah diberi tugas masing-masing. Semenjak semua dapat geran RAGS, terasa tanggungjawab yang dipikul. Duit dah dapat, so kena kerja la kan. Tugas dah diberi. Setiap 2 minggu ada meeting, setiap orang tak terkecuali present progress research masing-masing. Siap Kak Mazni, research officer pun kena present.

Dalam satu organisasi, visi dan misi sangat penting. Kalau takde, melilau-lilau semua buat kerja masing-masing tanpa arah tuju. 'Deadline' juga sangat important sebab deadlinelah orang akan push diri sendiri untuk siapkan satu tugasan. Nonetheless, hati masing-masing kena jaga. Jangan mengarah sangat, tengok tempat juga. Rewards and appreciation adalah satu cara untuk menaikkan semangat pekerja untuk terus melaksanakan kerja dengan ikhlas. Kurang la rasa berkira-kira tu sangat. Rahsia a good leader: menghargai orang bawahannya bagaikan rakan kongsinya sendiri. Earn the respect. Lead by example. Walk the walk as well as talk the talk. Tu diahh.

Fariz dah pun siap draft thesis pertama dia. Tahniah Fariz. Sampai ke Cameron kau nak siapkan thesis. Saya dan Hamizah sedang bertungkus-lumus membaiki tesis ni. Dr Malik sangat membantu, walaupun banyak juga komen beliau, maksudnya banyak la kesalahan yang kami buat. Belajar dari kesalahan. 3 student baru dah masuk lab. Lab makin ramai. Kami bila nak habis ni. Soalan yang saya sendiri tertanya-tanya. Ada seorang student baru Dr Zu, Puan Aniza, beliau asal seorang cikgu di sekolah kat Putrajaya. Tujuan beliau sambung belajar adalah untuk mengembalikan semula ilmu Fizik yang beliau belajar dulu. Bagus sungguh dia. Dah kerja pun nak sambung lagi. Dr Malik ada sebut, "Kita tak boleh melawan alam, kalau melawan kita sendiri susah". Apa maksud dia ni? Apa kena mengena dengan research? Entah. Mungkin maksud dia, kita belajar dengan alam, Tuhan dah tunjuk teknologi-teknologi sedia ada pada alam, kita belajar daripadanya. I think that's the point. Hehe.

Masa berlalu dengan pantas. Seriusly pantas. Semua benda nak buat dalam satu masa. Kalau tangan ada lapan, belum tentu siap semua kan. Yalor yalor..

Otak skema giler ni. Rehat sekejap sebab kena key in data Dr Mandy yang ke 250. Otak beku. Ok Bye.

No comments: