Pages

amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Friday, August 3, 2012

Persengketaan

Persengkataan.
Dalam kehidupan harian ni kita berbicara, berkomunikasi dengan ramai orang. Setiap orang dengan sifat dan kerenah masing-masing. Kita sendiri pun tak sempurna kan. Setiap orang pasti ada sifatnya yang kita ssendiri kurang berkenan. Namun, sebagai manusia biasa kita kena la terima orang tu seadanya. Yang mana salah tegurlah dengan baik, jangan main redah je tegur, silap-silap ada pula perang dunia nanti. Mulut ni perlu dijaga. Sebelum berbicara, tapis dahulu agar tidak menyakiti hati orang lin. Nanti ada yang terasa kan susah. Tak bertegur berminggu-minggu. Mana yang terlepas cakap, mohon la maaf dengan hati ikhlas dan jujur. Tak salah buat benda dengan ikhlas. Ada rezeki dapat la pahala.

Lain orang lain sifatnya. That what make friends interesting. Saling melengkapi. *gambar sekadar hiasan. Kawan-kawan saya manusia ok.

Makin lama kita bersama dengan seseorang tu, semakin banyak baik dan buruk dia yang kita tahu. Sampaikan kita sendiri tak sangka ada juga orang berperangai macam tu. Biasa la..itu la 'trademark' dia. Kita pun ada trade mark sendiri cuma kita je tak sedar.

Sabar. Itu lah resepi untuk sentiasa ceria dan kurang masalah menarik muka masing-masing. Sabar dengan kerenah orang lain. Tapi jangan sampai diri sendiri tertindas pula. Itu kurang bijak namanya. Hak sendiri pun perlu dijaga tapi jangan keterlaluan hingga di'cop' sebagai mementingkan diri sendiri.

Sabar na. Bese le tu. Orang.

Saling bermaafan. Walau apa pun persengketaan yang pernah berlaku terhadap seseorang itu, bermaafanlah sesama sendiri. Dendam hanya akan merosakkan hati sendiri sahaja. People make mistakes.

Two words that would change everything.

Owkey. Cukup la ceramah sampai tu hari ini. Membebel sudey.hehe. Semalam berbuka dengan classmates degree. Tu pun first time Ramadhan kali ini kami serumah berbuka bersama di luar. Selalunya berbuka di rumah je sambil tengok tv tengok cerita DejaVu, sambil mengomen negatif je bile tengok cerita tu, tapi tengok jugak sebab tv terpasangkan.hehe. Tapi semalam episod last kami tak tengok pun. Nak tengok kat TONTON internet rumah kami sloooowww sangat, mesti ada orang HACK! suke suke salahkan orang. Berbuka dengan nasi ayam not bad lar..tapi macam tak puas sebab nasi ayam..terlalu..terlalu..neutral. Kami nak PEDAS dan ada GORENG-GORENG..ish..ish..ish..not good. Dah lama kami tak berkumpul makan bersama Ikwan, Nisa, Salleh, Apiz dan Kak Jannah. Semua buzy dengan research masing-masing. Goodluck kawan-kawan.

Lepas ni nak berbuka luar dengan housemate saja pulak. Girls only. Hehe.

1 comment:

Mizz ErMa said...

itu ler pasal..bak kata patah2, laen orang laen ragamnya..hehe tang dejavu pulak, sy pon xtgk jgk ending dia..kawan2 sume pakat dk kata best..huhuhu