amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Sunday, August 5, 2012

Arnab kami beranak.

Semalam arnab kami, Kasih telah melahirkan 4 baby. 3 putih, 1 hitam. Sekejap betul la dah beranak. Terkejut kami tengok-tengok dah ada baby. Tak silap kami tak sampai sebulan pun dia pregnant.
Kami letak bakul dalam sangkar dia, kalau tak nanti baby-baby tu jatuh terkeluar dari sangkar. Kasih ni suka main gigit-gigit kain. Tu yang kami bagi dia kain biar ada bau dia kat kain tu. Adalah perkara biasa bagi arnab yang beranak mencabut bulu-bulu dia. Dia akan guna bulu dia sebagai 'carpet' untuk anak dia. So bulu-bulu dia tu pun kami masukkan dalam bakul tu.
Dan dinasihatkan juga jangan selalu sangat pegang baby dia takut bau tangan kita menyebabkan mak dia tak kenal anak dia. Nanti mak dia taknak jaga pulak.

Tak sabar nak tengok diorang besar sikit, ada bulu mesti comel. 

Syuhada pulak pening nak bawa balik diorang ni macam mana raya nanti. Hehe.


I'm still trying to finish up the paper. Chaiyokkk!!

No comments: