amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Friday, November 11, 2011

Puding Tauhu

Raya haji lepas I sempat buat puding tauhu for the first time. Resepi I dapat daripada internet. Nama je puding tauhu, padahal tak gunakan tauhu sikit pun. Agak manis, ikut sukatan gula yang digunakan.

Bahan-bahan:

1/2 peket agar-agar strip (rendam dan toskan)
1 1/2 liter air
1 cwn santan
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
4 tbs gula
2 helai daun pandan (simpulkan)

Bahan untuk kuah:

1 tin laici (guna air laici sekali, buah laici disiat-siat kecil)
2 tin air (guna tin laici sebagai penyukat tin)
8 tbs gula (terpulang mengikut manis yang diinginkan..lagi kurang lagi bagus. Jaga kesihatan ek ;) )

Cara-cara memasak:
  • Buat kuah terlebih dahulu. Masakkan dalam periuk hingga mendidih semua bahan membuat kuah. Rasa manisnya mengikut citarasa. Kemudian tutup api dan biarkan ia sejuk. Simpan kuah dalam peti ais.
Itu laici ok. Bukan udang.
  • Buat tauhu pula, masak agar-agar hingga mendidih dan larut. Masukkan gula dan daun pandan.
  • Satukan santan, susu cair dan susu pekat ke dalam sebuah mangkuk dan kacau hingga sebati.
Kacau slow-slow je. Tak yah bersungguh sampai kembang pulak.
  • Masukkan adunan susu tadi ke dalam periuk berisi agar-agar tadi. Masak hingga mendidih sambil dikacau. Apabila sudah mendidih, cepat-cepat tutup api bagi mengelakkan santan pecah minyak.
Hmm..muat-muat je periuk.
  • Biarkan sampai suam-suam kuku (untuk mendapatkan permukaan puding yang cantik) dan tuangkan ke dalam loyang (jangan lupa tapis).
Sementara tunggu sejuk boleh la buat kerja lain sikit. Baca quran ke, solat sunat ke. Hihi.
  • Biarkan sejuk. Masukkan ke dalam peti ais.
  • Hidangkan tauhu dengan kuah laici dituang ke atasnya.
Puding tauhu sedia untuk dihidang.

Ngap! Habis dimakan oleh Insyirah yang baru bangun tidur sampai tompah-tompah. Ish3...



Boleh tuang terus dalam bekas-bekas kecil. Bagi bekal kat orang..Aizat satu..Akak satu..eh. Akak dua la sebab ade Insyirah yang gila benda manis.

Puding tinggal separuh kena curik oleh orang-orang yang bukak peti ais.


I wat kuah laici tu agak tawar (kurang gula)...sebab mak yang suruh. Demi kesihatan dia kan. Nasib baik I pun tak suka manis-manis sangat. But, I sangat suka benda berlemak. Uish3~

Mak Chor selalu advice sambil masak rajin-rajin bibir berselawat. Kita kan masak untuk orang tersayang.

3 comments:

azam said...

woh...sedapnya...
mintak skit

KuNanGKuNanG said...

sedap ni..leh la nak try wat.

Salwa said...

azam: dah habis dah.hehe. :b

Kunagkunang: try la. Senang gak nak wat.