amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Saturday, October 9, 2010

Spageti Bolognese

Spageti Bolognese a.k.a Sos Daging. Saya masak spageti ni beberapa minggu yang lepas. Measurement ingredients saya tak berapa ingat sebab saya pun main masukkan ikut rasa. So, bahan-bahan dia boleh la saya ingat. Hasilkan sangat sedap!

Bahan-bahan:
1 paket spageti
10 biji buah tomato (dicincang)
1 paket daging cincang ~500gm
5 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
2 biji bawang besar (ditumbuk)
1 biji bawang putih (ditumbuk)
1 tin cendawan butang
3/4 mentega ~150gm
garam

Cara-cara:
1. Rebus spagetti dalam air. Masukkan 1 sudu minyak dalam air tersebut (mengelakkan spageti daripada melekat antara satu sama lain).
2. Masukkan mentega. Tumis bawang-bawang. Campurkan semua sos, tomato, cendawan butang, daging cincang. Kacau hingga sebati.Biarkan masak sampai naik minyak. Tambah air jika perlu. Letak garam.
3. Toskan spageti yang dah lembut direbus. Makan dengan sos tersebut.

Nyam....nyam...


This is the spaghetti I've cooked. Goodluck!

2 comments:

death_luver said...

saye pun masak spageti camni gak!
same ah..
rase dia sedap kan!

zaidatul salwa said...

ha'ah.sedap kn.wat sos sendiri.selalunyer beli prego jer.