Hujung minggu lalu saya ke Shah Alam. Meneruskan aktiviti bulanan, jumpa doktor gigi saya. Kebetulan family datang Shah Alam juga singgah rumah Ayahchor. Dapat jugak berbuka dengan diorang. Alhamdulillah dapat belanja mak ayah adik berbuka. :D Gaji pertama.hehe. Cuma tak sempat berbuka dengan ex-housemate. Sempat bersahur je dengan diorang. Macam-macam benda nak buat bila balik Shah Alam. Masa tak mengizinkan. Sempat jugak singgah Denai Alam jumpa Kak Yus ambil baju tempah bulan lalu. Boleh lah buat jadi baju raya. Siap ada riben belakang lagi baju tu. Fesyen ape entah. hehe. Menjelang hari Ahad, rasa berat sangat badan nak bertolak ke Jengka balik. Yelah, kerja menunggu kan. Tapi takpe, kerja yang saya suka. ;) Jumpa balik budak-budak ni. Chapter makin susah, budak makin pening, saya pun makin pening. But I'll do my best for you all.
Tak sabar nak balik kampung minggu depan. Hopefully keadaan kereta baik untuk bawa balik nanti.
1 comment:
seronoknya dah shopping...
tak sabar juga nak balik kg..
Post a Comment