Pages

amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Tuesday, July 9, 2013

Elak Lebih Elok Dari Mengubati

Malang memang tak berbau. Semalam rumah member kena curi masuk. Duit dalam wallet beratus dengan gelang semua lesap. Kebetulan tertinggalkan beg tangan di ruang tamu. Sangat bahaya ok. Tambah lagi kawasan rumah yang majoritinya rumah bujang. Kalau kawasan rumah keluarga tu mungkin la boleh jiran tolong tengok-tengokkan. Dan nak dibuat cerita member saya suspek orang yang saya sendiri suspek. Saya rasa orang yang sama pernah datang rumah saya tempoh hari kononnya nak racun rumput. Patut la suspicious semacam rupa orang tu. Duk ngendap rumah orang. Bahaya sungguh. Kena berjaga-jaga. 

Harapkan kunci gril sahaja tak cukup, sebab kunci gril boleh ada pendua. Paling penting kunci mangga. Abang kedai kunci pun nasihatkan kunci mangga yang paling penting. Tingkap kena sentiasa kunci. Malam pasang lampu depan. Doa minta jauh malapetaka. Ya Allah lindungilah kami daripada kejahatan manusia.

Selamat berterawikh malam ini dan menyambut bulan paling mulia Ramadhan. :)

2 comments:

Qhaifa Nur said...

kalau nak tahu hari-hari pesan kat anak, keluar rumah tutup pagar tau grill...takut jadi macam ni la...

minta dijauhkan...

salam ramadhan...

Salwa said...

Duduk dalam rumah pun kena kunci gak. Huhu.