amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Monday, July 29, 2013

Resepi: Bubur Kacang Hijau

This is one of my favourite dish. The simple bubur kacang hijau. Tak dan nak ambil gambar.

Bahan-bahan:
100 g kacang hijau
2 santan kotak (lagi sedap guna santan original)
2 helai daun pandan
Air (cukup bagi kacang tenggelam)
Seketul gula melaka
Secubit garam

Cara-cara:
  1. Rendam kacang selama 6-7 jam (terus rebus pun boleh)
  2. Rebus dalam periuk berisi air (cukup untuk kacang tenggelam), masukkan daun pandan yang dah diikat. Rebus hingga kacang empuk.
  3. Apabila kacang dah cukup lembut, masukkan santan mengikut kepekatan yang diingini. Kalau terlalu pekat, boleh tambah air.
  4. Masukkan gula melaka (potong kecil-kecil untuk mudah sebati dalam bubur). Masukkan garam.
  5. Masak sampai cukup pekat dan sebati gula dan santannya, boleh tutup api dan sedia dimakan.
Obtained from Mr Google

 Boleh tambah sagu, durian, jagung and so on lah. Nama pun bubur. Campur apa-apa pun jadi.

No comments: