amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Sunday, April 8, 2012

Ayam Masak Kelio

Bahan-bahan:

5 ketul ayam

3 biji cili merah
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 cm kunyit hidup
(digiling semua bahan di atas)

1/3 cawan santan pekat
1 batang serai
1 keping asam gelugor
1 helai daun limau purut
Sedikit air.
Garam, minyak untuk menumis.

Cara-cara:

1. Tumis bahan-bahan giling sampai garing, masukkan santan dan ayam. Masukkan air sedikit.
2. Biarkan sampai pekat. Masukkan serai, daun limau purut dan garam.
3. Masak sampai kering.
4. Selamat menjamu selera.


Boleh ganti ayam dengan udang. Jadilah Udang Masak Kelio. Selamat mencuba. ;D

1 comment:

ejulz said...

nak rasa sikit boleh? hehehe