Petua untuk kesihatan semua terutamanya yang sakit perut, kencing manis, darah tinggi, wanita dalam pantang. Penemuan santifik juga telah menunjukkan lempoyang mampu menghindar kanser serviks. InsyaAllah.
Lempoyang ni sejenis tumbuhan yang rupa seakan-akan halia atau lengkuas. Mengikut beberapa sumber ia boleh didapati di pasar. Ia biasa dijadikan ulam, sebagai penambah rasa dalam makanan disebabkan rasa yang agak pedas dan pahit-pahit sedikit.
Lempoyang ini memiliki kebaikan yang agak banyak terutamanya kepada kesihatan wanita. Ada yang menyatakan lempoyang mampu mengurangkan risiko kanser serviks. Ia juga sesuai untuk pengidap kencing manis kerana ia mampu mngurangkan kandungan gula dalam badan serta menurun tekanan darah. Selain itu, lempoyang biasa diamalkan oleh ibu-ibu dalam pantang bagi meningkatkan darah dalam badan selain mengurangkan angin di dalam badan. Air lempoyang juga sesuai diminum setiap pagi. Rasanya agak pahit. Oleh itu, lebih baik ambil yang muda agar rasanya lebih manis.
Antara cadangan penyediaan ialah tumbuk isi lempoyang, perah campur dengan air. Adalah lebih mujarab jika ditambah madu. Ia amat baik diminum setiap pagi.
Ada juga yang mencadangkan dibuat ulam dengan menumbuk lempoyang, dicampur dengan bawang yang dimayang, gaul dengan cuka, gula dan garam. Di Kelantan, daun lempoyang biasa dicampurkan dalam nasi kerabu ataupun dimakan dengan budu.
Untuk lebih informasi mengenai tumbuhan ini:
Tak pernah try pun, one day i'll try. One day...not sure when.hehehe.
No comments:
Post a Comment