Pages

amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Tuesday, September 21, 2010

Ragam-ragam Aidilfitri

These are several memorial pictures during aidilfitri this year. Alhamdulillah..raya tahun ni agak meriah bila kami sekeluarga dapat berkumpul ramai-ramai di pagi raya pertama. Pagi itu kami sedari betapa pantas masa berlalu. Tanpa kita sedari, semua adik-beradik sudah besar, dewasa, dapat berfikir lebih matang. Namun, masih lagi anak mak yang nakal...to mom's eyes we'll always be a kid.
Saya juga telah belajar serba sedikit masak masakan khas untuk menyambut aidilfitri. Dengan tunjuk ajar pakar chef pemakanan saya iaitu mak, saya dapat mengendalikan sedikit hal dapur...dapat la meringankan sikit kerja mak. Bagi dia rehat lebih tahun ni..asyik kite je raye. Giliran dia pulak. Lagipun satu hari nanti semua tanggungjawab ini pasti akan perlu dipikul. Sejak duduk rumah sewa saya dapat lebih memahami betapa penatnya menjadi seorang suri rumah. Betapa hebat mak ayah kita.


 
Masak-masak sempena Aidilfitri.

Sedapnyer dapat makan rendang ayam masakan rumah bersama lemang dibakar sendiri. Lemang diberi oleh abang ipar kami. Dia dan kawan-kawan dia yang bakar lemang-lemang tu. Memang sedap lah, berlemak. Banyak jugak rezeki raya tahun ini. Kuih raya pun setiap sorang beli, last-last nyer banyak la jadi nyer. Sampaikan tak terabis pun. Raya tahun ini kami tak berbelanja banyak sangat pada perhiasan diri. Pakaian simple dan selesa. Tidak perlu 'bling-bling' sangat. Asalkan selesa orang hendak memandang.

Raya pertama kami berkunjung ke rumah jiran sebelah. Berkenal-kenalan dengan anak-anak mak cik sebelah. Ramainya dah kahwin, ada juga yang masih melanjutkan pelajaran. Sorang bekerja di syarikat Petronas di Terengganu. Sorang baru sahaja putus pernikahan..tiada jodoh ler..sume tu ade hikmah nyer. Ade juga yang tua setahun saya. Beliau baru sahaja menghadiri temuduga dan dengar khabar berjaya dapat kerja tersebut. Alhamdulillah. Sorang lagi masih belajar di sekolah asrama penuh. Apabila kita lihat sekeliling kita, kita sedar tiada sesiapa yang sempurna di muka bumi ini. Setiap keluarga pasti ada nya kekurangan yang menyebabkan kita sering mengatakan 'the grass is always greener on the other side'. Suma ini ada hikmahnya. Raya kedua kami berkunjung ke rumah makcik Normah dan saudara-saudara lain. Dapat lah berkenalan dengan sepupu-sepupu yang agak muda bagi saya. InsyaAllah kami akan terus berhubung.
Aizat with his annoying MP3 player.


Mak pun tidak ketinggalan bergaya di hari raya.


  
Bersiar-siar seluruh luar rumah.

Aizat pura-pura tidur.

Kerja rumah una.

Anak Mak Cik Normah, Amirul, berumur 3 tahun. Beliau sangat lincah.

Ayahchor cek tayar sebelum mulakan perjalanan (government advice)




  
Lepas 2 minggu raya kena la hantar aizat balik asrama. Abang An antakan. Cepat sikit sampai.

 

 Then, sebelum balik kami singgah makan di medan selera taiping yang famous dengan yong tau fu.


 
Raya tahun merupakan raya yang istimewa dan adalah raya pertama Nur Insyirah. (^^,)

No comments: