Alhamdulillah siap membungkus hamper untuk event nanti. Kalau beli siap kat pasar raya, lagi mahal, dengan kos balut lagi. Buat sendiri lagi best dan lebih bermakna.
Kami shopping barangan hamper ni di pusat borong Cowboy di Temerloh semalam. Ada sesetengah barang lebih murah dari kedai 2 ringgit tapi ade jugak yang tak. Beli sekotak lagi murah. Goodies hantaran kahwin pun ade dijual di sini.
Sebelum pulang ke Jengka, kami singgah makan malam di Restoran Nadiah. Tomyam putih nyer sedap, saya suka udang goreng tepung dia. Tapi agak mahal la, padan dengan kesedapan la jugak. Ade sate dijual di situ, secucuk 50 sen sahaja. Sedap jugak padan dengan saiz la jugak hargenyer.
Lepas ni nak try koey teow di Temerloh. Ada orang kate sedap kat sebuah restoran bawah flyover temerloh. Ada ke? InsyaAllah ade rezeki cuba sana.
No comments:
Post a Comment