amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Sunday, May 19, 2013

Terus-terang

Akhirnya, terlaksana appoinment dengan Dr Mariati. Dia kata braces dah tak lame dah. Beberapa bulan lagi akan dibuka. Yeay! Rasa nak bayar lump sum terus baki untuk braces ni. Seperti biasa kawasan Jakel tu sentiasa nak ramai orang. Tambah lagi UiTM tengah konvo sekarang. Kebanyakan Mak Ayah akan singgah ke Jakel yang sentiasa ada tawaran. Tak pernah takde banner tawaran kat bangunan tu.

Sampai rumah Mira dan Aimi ajak keluar. Sekali dengan kawan Aimi masa degree dulu, Ain. Depa sume Kelantan. Blurr jugak saya. Kelantan pekat kot. Ada boleh tangkap, ada yang tak paham sebutir pun. Hehe. Kitorang gi OU. Dan-dan waktu tu kasut saya nak koyak pulak bahagian tumit (seperti biasa). 'Terpaksa' la cari kasut baru. Body shop pula tengah sale, kebetulan saya memang nak cari perfume, perfume dah habis, duk pakai perfume sampel sekarang ni. *sadis. Last-last saya paling banyak shopping. Kasut, t-shirt, perfume, body mist. Aimi banyak beli kat Body Shop sebab dia giler kan Body Shop. Ain tak tercapai objektif sebenar. Dia nak beli baju kemeja, last-last habis kat body shop juga. Hehe. Ada perfume Body Shop for men tu, wangi, tapi tak sale pun, mahal pulak tuh! Tak mampu. Takpela. Untuk hantaran baru beli. Hehe.

Malam tadi tidur tak nyenyak, dibawa oleh persoalan yang banyak kemungkinan jawapan. Ditambah cuaca panas. (*_*)

No comments: