Pagi semalam sangat adventorous. Bertolak pergi kerja macam biasa. Pukul 7 bertolak. Ok. Kereta kancil macam biasa bawa. Tapi kali ni tiba-tiba kipas rosak. Ok. Dengan harapan petang nanti baru pergi hantar bengkel. Degil la saya bawa pergi kerja juga pagi tu. Seperti biasa, lepas tol Subang, jalan jem. Oleh kerana kipas rosak, kalau kereta tak bergerak tapi enjin still on, temperature akan naik dengan mendadak. Then, temperature naik la sampai 'H' kot. Tiba-tiba saya tengok bonet depan dah berasap. Wohhhoo. Terus berhenti kat tepi (nasib baik memang berada di lane tepi). Jadi la saya blok kereta-kereta lain di Federal highway. Jadi la one of reasons jalan bertambah jem di lebuhraya persekutuan untuk pagi itu. Tunggu la sekejap nak bagi temperature turun. Orang kiri belakang duk tengok pehal kereta ni berhenti. Then nak try ON balik kereta tak dapat. Sudah~ Dengan ayunya berbaju jubah keluar kereta bukak bonet tengok what happened to the batery. Ok. Wayar atas bateri tu dah tertanggal. Usik-usik kasi sangkut sikit. Try balik alhamdulillah dapat. Malunyer dengan kereta lalu-lalang (tengah sesak jem). Temperature separuh, try la gerak sikit-sikit. Dah lepas federal, masuk Subang berhenti kat Inti College sebelah bus stop. Berhenti sebab temperature naik dan roundabout kat depan sangat sesak. Takut heat naik tinggi tak sempat nak berhenti. Tunggu lama sikit, ON enjin, tak dapat jugak. Lagi! Keluar dengan konfiden bukak bonet tengok bateri. Wayar atas dan bawah putus. Sudahhhh! Tak tahu mana nak sambung wayar bawah dia tu. Ok. Buntu. Orang-orang kat bus stop duk tengok je. Argh..dah tak kesah dah. Tak tahu nak call sape, last-last call abang. Paksa jugak dia datang walaupun dari Rawang. Rasa nak nangis je duk sorang kat situ. Bukan nak nangis. Dah nangis dah pun. Macam orang putus cinta kat bus stop. Hihi.
Sementara tunggu dia, alhamdulillah ada McD kat tepi, gi la duduk situ. 2 jam duduk situ. Pastu call kacau semua orang, mak, ayah, akak, ada, emi. Tengah-tengah muka stress dengan burger depan mata tak ada selera nak makan, datang pulak mamat 2 orang duk meja sebelah. Pastu laki tu, nama dia Lan, tanya tak makan ke burger tu. Of course la tak makan. Tak nampak ke?? Pastu dengan tak semena-mena saya tanya diorang ada tak bengkel kereta kat area tu. Diorang pun pelik. Nape pula perempuan ni tanya soalan camtu tetibe. Haha. Diorang pun tak tahu sebab diorang bukan duduk area tu. Pastu yang si Lan ni nak bersembang pulak. Tanya kerja mana semua. Saya dah la tengah kebingungan sorang-sorang jawab je la soalan-soalan dia tanpa penapisan. Haiyooo. My bad. Boleh pulak terang tang tang tanya dah nikah ke, ke tengah tunang. Pastu dengan selamba dia bagi kertas resit yang dah berlipat dan sebatang pen, suruh saya tulis nombor tepon, pastu dia lari pergi mana entah. Saya tulis 0 je. Malas nak layan. Dia patah balik terus tanya no, saya pulak dengan kebengongan bagi nombor. Giler betul. Bagi nombor kat orang yang tak kenal. Sangat tak pernah. Bahaya betul. Boleh pulak dengan muka tengah stress selekeh waktu tu kena kacau plak kan. Haiyoo.
Uncle cuci tingkap kat kedai McD tu tengok je saya, dia pun pelik la tengok saya duduk 2 jam kat kedai tu. Dia dengar pasal kereta saya rosak, dia pun bagitau ada kedai kereta yang berdekatan. Uncle tu sangat helpful dan ramah. Saya pun pergi la kedai kereta tu. Bagitau kat Cina tu yang wayar bateri putus. Dia tak caya. Dia cakap bukan sebab tu. Kena tow kereta masuk bengkel tu. Tow rm120. Tak leh blah betul. Mentang-mentang lah saya perempuan, sorang plak tuh, tak nak caya kan. Saya pun patah balik ke McD tunggu je abang saya.
2 jam kemudian abang saya sampai. Betul-betulkan sikit wayar bateri, dapat la On. Bersyukur sangat waktu tu walaupun tengah hari tapi cuaca tak macam hari biasa, hari tu mendung saja. Tuhan sentiasa bersama kita, kita je yang sering lupa.
Then, paksa lagi sekali abang ikut hantar kereta ke bengkel kat Shah Alam. Sampai pun pukul 1.00pm. Sempat pergi UiTM untuk tugasan UPTA. Syukur sangat, setiap kesusahan ada kemudahan. Petang tu dah siap, just kena tukar kipas baru RM80 sekali upah. Sampai bengkel tu pakcik tu pun dah kenal, senyum je dari jauh. Hehe.
Tu la pengalaman saya stranded di tepi jalan. Sentiasa ingat sebelum keluar rumah baca doa, "Bismillahhi tawakkaltu a'lAllah". InsyaAllah sebalik kesusahan Allah sediakan kemudahan.
1 comment:
Wahh..scary nyer Salwa!!!!!. Sy pun pernah jgk kete tak leh tekan minyak, masa tu kat highway plus area bangi. Merasa le jgk dok tepi highway dan takut sgt bila ada lori besar lalu. Pam minyak rosak rupanya...terus bagi signal ke tepi, sib baik dok lane tengah, bila berhenti jek tepi terus xleh start dah. Tak lama lepas tuh kebetulan ada mekanik lalu dan dia tlg call kawan dia tow g bengkel dlm hutan. Bengkel plak xleh byr kad kredit coz dekat rm1k jgk, atm pun xde. Org bengkel tuh bwk g kedai kat kajang, gores kad kredit dan taukeh bagi kat dia duit tuh.
Lepas dr tuh sy pergi renew AAM balik. Sebelum ni mmg member dan byr tiap tahun tp dah 2 tahun xrenew. At least ada mekanik yg kita boleh call bila jadik apa-apa kat kereta. :)
Post a Comment