amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Monday, July 30, 2012

Cadangan Amalan Muslimah yang Haid/Nifas di Ramadhan

Banyak amalan yang boleh dibuat masa 'cuti'. Bukan makan je tau.hehe. Just want to share (^-^)


Selamat beramal :)


Sunday, July 29, 2012

Taubat

Manusia tidak dapat lari dari melakukan KESALAHAN dalam seumur hidupnya di dunia ini. Oleh sebab itu, Allah SWT sentiasa membuka pintu taubat untuk hamba-hambaNya. Walau setinggi langit dosa yang dibawa, dengan taubat yang ikhlas sepenuhnya, insyaAllah akan Allah isikan semua itu dengan pengampunan.

Allah berfirman dalam Hadis Qudsi yang dinyatakan oleh Tirmizi, 

"Anas r.a mengkhabarkan bahawa dia pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, bahawa Allah telah berfirman, 'Hai bani Adam, selama engkau berdoa dan mengharap kepadaku, Aku ampunkan bagimu apa yang telah terjadi daripada kamu. Dan tidak Aku hiraukan betapa banyaknya. Hai bani Adam, andaikan dosamu memuncak ke langit, kemudian engkau minta ampun kepadaku, Aku ampunkan bagimu.Dan tidak Aku hiraukan betapa banyaknya. Hai bani Adam, seandainya engkau datang kepadaku dengan membawa dosa sepenuh bumi, asalkan engkau tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun, nescaya Aku isi semua itu dengan pengampunan.'
 
TAUBAT tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Source: http://microwriter.blogspot.com/2010/09/cara-solat-taubat-nasuha.html

MENYESAL. Perasaan menyesal setelah melakukan sesuatu dosa menunjukkan hati kita masih ada iman. Sebaliknya, jika setelah melakukan suatu dosa hati tiada rasa sesalan malah gembira dengan dosa yang telah dilakukan, menunjukkan iman hati itu sudah lemah dan menanti saat melayang.

Menyesal bukan sekadar merasa SEDIH dengan perkara yang telah dilakukan. Menyesal adalah sedih diikuti dengan langkah menuju taubat, bernekad tidak mengulangi dosa sama dan berusaha melakukan kebaikan menggantikan dosa yang telah terjadi.


Jangan lepaskan peluang yang Allah Taala sediakan untuk kita bertaubat. Allah SWT masih memberi kita kesihatan  nyawa dan membekalkan kita bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Ambillah peluang ini untuk MENYESAL.

Doa Taubat:


Basahkan bibir kita dengan ISTIGHFAR.

"Aku Memohon keampunan Allah Yang Maha Agung."

Jangan berhenti memohon keampunan daripada Allah SWT.
Ayuh kawan, dekatkan diri pada Ilahi. Agar terbuka pintu rahmatNya, pintu kasihNya.
Jangalah bimbang, janganlah ragu. Allah membuka pintu bagi hambaNya.
Marilah kita sambut rahmatNya. Terangi hati dengan cintaNya.
Source: Lirik dari lagu Gema Sholawat oleh Hadad Alwi.


Bersangka baiklah dengan Allah SWT. Dia mengasihi hamba-hambaNya.



Saturday, July 28, 2012

Hati-hati! Cara terbaru pencuri kereta.

Sekarang ada cara terbaru pencuri kereta mencuri kereta kita. Kalau anda cuba mengunci kereta anda dengan remote tu tapi tak terkunci hingga anda terpaksa kunci dengan cara manual, kereta anda munkin dalam bahaya. Dinasihatkan beredar dari tempat itu. Pencuri berdekatan di situ mungkin sudah meng'copy' frequency remote anda dan akan membuka kunci kereta anda dengan remote mereka sendiri.

Peringatan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Sila baca link bawah untuk lebih faham.

Blog Rasmi Persatuan Pengguna Islam Malaysia: BERITA PPIM: BERHATI-HATI DENGAN KESELAMATAN ANDA ...: SUMBER DARI FACEBOOK : Jumaat, Julai 06, 2012 AWAS!!! TEKNIK TERBARU CURI KERETA Minggu lalu, kereta seorang wanita telah dicuri d...

Berhati-hati semua. Malang tidak berbau.

Pedihnya kecewa.

Pedih kan rasanya bila diri dikecewakan, terutamanya oleh orang yang kita sayang. Dah berjanji, last-last jadi lain.



Bayangkan berapa kali kita kecewakan Tuhan kita hanya untuk menggembirakan diri kita sendiri. Azan Subuh berkumandang, tarik selimut, sambung tidur. Allah SWT suruh tutup aurat, kita biarkan juga sebab nak dapat pujian dari orang lain.
Walau berapa kali pun dan betapa besar pun manusia mengecewakan Penciptanya, Allah SWT sentiasa membuka pintu taubat untuk hambaNya memohon keampunan tak kira betapa banyaknya dosa, walaupun dosa setinggi gunung, asalkan hambaNya tidak menyekutukanNya dengan sesuatu pun, nescaya Allah SWT isikan taubat hambaNya dengan keampunan. Allah SWT Maha Penyanyang Maha Pengasih.

So, pedih kan perasaan dikecewakan. Janganlah mengecewakan Allah SWT yang tidak pernah berhenti menganugerahkan kita nikmat dan rezeki dalam kehidupan. Sentiasalah ingat Allah SWT dengan berzikir dan selawat ke atas Rasulullah. Insya Allah hati kita tenang dan dipermudahkan jalan.


Teruskan berpuasa dan beribadah sebanyak yang mungkin ye kawan-kawan. :)

Thursday, July 19, 2012

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.


Alhamdulillah, Sabtu ni 1 Ramadhan.
Mari kita perbanyakkan amalan sepanjang Ramadhan ini.


Lafaz niat untuk sebulan :
niat puasa sebulan
Ertinya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala
Lafaz niat untuk harian :
niat harian puasa ramadhan
Ertinya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Lafaz doa ketika hendak berbuka :
lafaz doa berbuka di bulan ramadhan
Ertinya : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Lafaz doa selepas berbuka puasa :
doa selepas berbuka puasa
Ertinya : Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.


Baca Al-Quran dan fahami terjemahannya.


Hapuskan dendam, bersihkan hati, luruskan niat. InsyaAllah puasa kali ini penuh makna.





Malam esok dah start terawikh. Jom ke masjid kawan-kawan. :D

Wednesday, July 18, 2012

Apa itu QR code.

Tau tak pasal QR code.
Selalu jumpa simbol QR code ni merata-rata terutama kat papan iklan. QR code sebenarnya code bar yang akan link kan terus ke url page iklan itu. Smart phone hanya perlu scan code tu guna QR Code Scanner application (download free je kat market).

Pastu, kita juga boleh generate QR code sendiri (a.k.a buisness card dalam bentuk code).
Ni QR code untuk blog saya ni.




Dah berzaman guna Android baru sekarang terasa nak explore.hehe.

Learn new things everyday.

Tuesday, July 17, 2012

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Ramadhan 1432 H

Ramadhan dah nak dekat dah. Manfaatkanlah bulan mulia tersebut selagi nyawa masih dikandung badan. Wohho~ hehe. Ini pula jadual waktu berbuka puasa dan Imsak untuk bulan Ramadhan tahun ini nanti.

I dapat dari blog Awan Pagi. Semua negeri di Malaysia ada tersenarai dalam blog tersebut. Di sini I attach untuk Ipoh dan Shah Alam (sebab dua tempat ni I selalu berada. hehe.) Untuk senarai tempat-tempat anda, masuklah blog Awan Pagi.

Zon II: Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sg. Siput dan Kuala Kangsar.

Zon I: Daerah Gombak, Petaling/ Shah Alam, Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang.


Jom bersedia untuk Ramadhan ini. Girls, make sure you all habiskan ganti puasa. :)

Sunday, July 15, 2012

Edmodo

I baru kenal satu aplikasi ni dari blog comel honey mama yang telah pun digunakan oleh guru-guru untuk pendidikan menggunakan internet. Tapi para pelajar kena la ada akses internet di rumah, kalau tak kesian pulak diorang kena pergi cyber cafe setiap hari nak tengok assignment cikgu. Tapi, memang tak dapat nak dinafikan pentingnya komputer dan internet zaman sekarang ni.


Aplikasi ini ala-ala facebook, tapi versi pendidikan, di mana guru boleh berkomunikasi dengan pelajar-pelajar dan menghantar assignments melalui internet saja. Sooooo fast.


Sekolah pun dah guna aplikasi internet macam ni kan. Maju-maju. Tapi tak semua sekolah mampu menggunakannya kan. Setiap orang ada cara tersendiri untuk maju. Saya sangat kagum. :D

Semua orang maju ke hadapan ok walau dengan apa cara sekalipun, as long as dengan niat demi Allah SWT.

Saturday, July 14, 2012

Kupon McD July 2012


Offer! Offer!

Dapat la makan half price dari harga biasa.
Buy 1, free 1.
McD chicken foldover.
Hanya print kupon ni dan tunjukkan di  kaunter McD.
Or..yang ada smart phone tu, manfaatkanlah, save the environment.hehe. Scan the QR code dan save the cuopon image dan tunjuk je kat kaunter henfon anda (tunjuk gambar kupon tu ey, bukan berlagak tunjuk fon je).



Selamat berweekend everyone!

Sunday, July 8, 2012

Over think

Dua tiga hari lepas sebenarnya I tak cukup tidur, tak tenang hati. Sebabnya I over think of small little problems. Hasilnya, problem yang kecil sekecil-kecilnya menjadi sangat besar dan tidak terdaya nak ditanggung. That's why I was so intensely stress these several days. That's what friends are for. With friends beside you, you'll feel better and less burdened.

There's a quote goes,
"Women are sensitive, they over think every little thing and they care way more than they should, but thats what makes their love so strong."

Oh..how I love the last part.hehe. ;b


Semangat semula :)

Saturday, July 7, 2012

Jahit Manik

Yeay! Siap jahit manik. Tapi tersangat la senget benget. Hehe. ;b



Manik habis sudah..nak beli lagi!

Thursday, July 5, 2012

Aktiviti Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah

Saja nak kongsi bersama aktiviti di Masjid Negeri Selangor minggu ini.


  • MasjidSSAAS dengan kerjasama PTSMedia Group akan mengadakan Bengkel Penulisan (Menjadi Penulis yang Disayangi Tuhan). Tarikh: 8/7/2012, 10 pagi - 6 petang di Dewan Seminar masjid. Yuran: RM40. Pendaftaran boleh dibuat di Pejabat Pentadbiran Majis SSAAS.
  • Forum 'Perangi Sihir Sebelum Anda Menjadi Mangsanya'. Tarikh: 8/7/2012, 9 malam - 10.30 malam di Dewan Solat Bawah masjid. Ahli panel: Ybh Dato' Haji Engku Ansaruddin (Astro Oasis) dan Ybhg Dr Mahyuddin Bin Ismail (pakar undang-undang sihir).
  • Bengkel Kewangan Hidup tenang Walaupun Berhutang". Tarikh: 8/7/2012, 2 petang - 4 petang di Bilik Kuliah 3 masjid. Penceramah: Shamsudin Kadir (Pakar perunding kewangan peribadi).
  • Program Tafaqquh Fiddin bersama Al-Fadhil Al-Walid Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari Al-Makki. Tarikh: 6/7/2012 selepas solat Maghrib di Dewan Solat Atas. Antara pengisian: Solat Sunat Tasbih & Tausiah.
Muslimin muslimat dijemput hadir. Marilah bersama-sama memeriahkan majlis ilmu ini.
Yang takde benda nak buat hujung minggu ni, pergi la ke masjid, pengisian yang akan diterima insyaAllah berguna di masa depan nanti.



Teruskan berdoa.