Allah berfirman dalam Hadis Qudsi yang dinyatakan oleh Tirmizi,
"Anas r.a mengkhabarkan bahawa dia pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, bahawa Allah telah berfirman, 'Hai bani Adam, selama engkau berdoa dan mengharap kepadaku, Aku ampunkan bagimu apa yang telah terjadi daripada kamu. Dan tidak Aku hiraukan betapa banyaknya. Hai bani Adam, andaikan dosamu memuncak ke langit, kemudian engkau minta ampun kepadaku, Aku ampunkan bagimu.Dan tidak Aku hiraukan betapa banyaknya. Hai bani Adam, seandainya engkau datang kepadaku dengan membawa dosa sepenuh bumi, asalkan engkau tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun, nescaya Aku isi semua itu dengan pengampunan.'
TAUBAT tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Source: http://microwriter.blogspot.com/2010/09/cara-solat-taubat-nasuha.html
MENYESAL. Perasaan menyesal setelah melakukan sesuatu dosa menunjukkan hati kita masih ada iman. Sebaliknya, jika setelah melakukan suatu dosa hati tiada rasa sesalan malah gembira dengan dosa yang telah dilakukan, menunjukkan iman hati itu sudah lemah dan menanti saat melayang.
Menyesal bukan sekadar merasa SEDIH dengan perkara yang telah dilakukan. Menyesal adalah sedih diikuti dengan langkah menuju taubat, bernekad tidak mengulangi dosa sama dan berusaha melakukan kebaikan menggantikan dosa yang telah terjadi.
Jangan lepaskan peluang yang Allah Taala sediakan untuk kita bertaubat. Allah SWT masih memberi kita kesihatan nyawa dan membekalkan kita bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Ambillah peluang ini untuk MENYESAL.
Doa Taubat:
Basahkan bibir kita dengan ISTIGHFAR.
"Aku Memohon keampunan Allah Yang Maha Agung."
Jangan berhenti memohon keampunan daripada Allah SWT.
Ayuh kawan, dekatkan diri pada Ilahi. Agar terbuka pintu rahmatNya, pintu kasihNya.
Jangalah bimbang, janganlah ragu. Allah membuka pintu bagi hambaNya.
Marilah kita sambut rahmatNya. Terangi hati dengan cintaNya.
Source: Lirik dari lagu Gema Sholawat oleh Hadad Alwi.
Bersangka baiklah dengan Allah SWT. Dia mengasihi hamba-hambaNya.
1 comment:
salam.. nov pny entry asal xdpt tgk?
nway de fesbuk x?
Post a Comment