Pages

amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Friday, June 8, 2012

Lagi Seminggu nak ke Korea

Tup..tap..tup..tap. Rupa-rupanya lagi seminggu kami nak berangkat ke Korea. Cepat sungguh masa berlalu. So sekarang I kena prepare mentally and physically. Perkara penting yang perlu dilaksanakan:

  1. Belajar bahasa komunikasi mereka yang utama.
  2. Beli makanan yang mencukupi.
  3. Beli barang keperluan yang penting.
  4. Tukar MYR ke KRW (I bajet RM2000 je..cukup kot)
  5. Print poster.
  6. Beli travel insurance (Etiqa Maybank RM60)
  7. Servey tempat-tempat menarik di sana.
  8. Servey transportation di sana.
Tu je kot. Tapi I ni last-lastnyer just follow the crowd je. Makanan yang nak dibawa:
  • Mee segera (tak berapa minat..tapi boley la for urgent)
  • Roti putih yang panjang (boleh tahan 5 hari)
  • Tuna spread.
  • Biskut oat (bagi tenaga dalam perjalanan)
  • Campbell soup instant (makanan instant yang I sangat suka)
  • Serunding daging.
  • Milo 3 in 1 (my favourite drink yang mengenyangkan)
Setakat ni tu je makanan nak dibawa. Barang penting nak dibawa:
  • Luggage bag 20 kg (nak pinjam kat Mira je la sebab yang I ada sekarang sangat kecik, nanti balik beli barang tak muat plak.hehe)
  • Sling bag (senang nak jalan-jalan nanti)
  • Passport, flight tickets dan lain-lain dokumen penting.
  • Poster konferens.
  • Shampoo, shower gel, baby wipes (very important sebab kat sana toilet takde air ok), losyen badan, lipbalm, colgate, toothbrush dan lain-lain skincare (share ngan member gak)
  • Slipper.
  • Barang elektrik (share ngan member): seterika, boiler.
Dan lain-lain barang. Ok..tu je kot. Banyak sangat ke?? Mungkin tidak.hehe.
Mak Ayah kat rumah dah beria bagitahu saudara-mara. Pagi tadi ayah call suruh beli fridge magnet tuk Mak Cik mane entah (yang I sendiri tak kenal). Diorang pulak excited.hehe. Yang pasti, nanti I nak beli banyak key chain dan fridge magnet (I sendiri sangat suka kumpul fridge magnet :D). T-shirt pun nak beli untuk famili, saudara-mara dan orang tersayang. Yelah, bukan selalu dapat pergi kan. Semalam dah beli kasut yang sangat selesa (Bi belikan, pandai dia pilih kaler.hehe).

Ada rezeki nak pergi sini. Teddy bear museum. :D


InsyaAllah semua berjalan lancar. :)

2 comments:

Mizz ErMa said...

wah, bestnya..kim slm sy utk korea yer..rindu dengan environment kat korea..='(

RamRamCute said...

seronoknya salwa....selamat pergi dan jaga diri diperantauan... :)