amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Tuesday, June 12, 2012

Sambutan belated birthday

Lusa nak convert Rm2000. Cukup tak nanti. Kawan-kawan yang dah pernah pergi sana kata cukup je. Tu je la I mampu buat masa ini.hehe.

Money..money..money..flow like water.

RM 1 = KRW 320

Fariz nasihatkan cek cuaca kat sana dengan google Weather Forecast. Yelah. Dibuatnyer setiap hari hujan, payung tak bawak, merana la rugi masa tak ke mana.

Nampaknya beberapa hari awal di Jeju cuaca cerah. Hari last-last konferens tu mungkin hujan sedikit. Hopefully tak lebat sangat.

Pastu, tadi sempat sambut belated birthday Mira ngan Ada. Nama I pun diorang letak atas kek tu..padahal birthday I dah berzaman kot. Kami pun menjamu selera di tengah padang dataran Shah Alam ditemani kucing-kucing comel berekor panjang dan pendek sibuk meminta KFC kami. Tetibe Shahril dan Sally muncul bersama menghabiskan KFC dan kek tersebut.

Kek coklat yang sedap. Tapi kami serang KFC dulu.hehe.


Ada, Emi dan Sharil.

Upload-upload gambar kat facebook, tetibe ade member kitorang sorang ni, Meyti, merajuk pulak sebab tak ajak dia. Teruk jugak kitorang sebab tak ajak dia. tak tahu macam mana boleh tak teringat nak ajak. Ish...ish...ish... Dah la birthday dia kelmarin. I siap wish kat facebook lagi.hehe. Silly me. So kalau berkesempatan, esok luse kami nak sambut birthday dia pulak. Ngade-ngade kan. Haha. Biarlah. Asalkan hati semua gembira.

Esok nak gi lab awal. Setiap hari cakap camni, last-lastnyer sama je.hehe.

3 comments:

iKhRam said...

hahhaa.. kesian dia tak diajak..
apa boleh buat, rezeki milik tuhan..

dah lama rasanya tak menyambut besday sapa2 sejak bekerja ni.. huh !! mesti enjoy kan??

p/s - byknyer duit tu..

Maicher said...

hommaigoddd, u're going to Jeju island? ohhh jelly nya.!!!!

Salwa said...

ikhram:tu la..cian dye.

Maicher: Yap. :)