amanpalestin

Dijemput Klik Andai Berkenan ;)

Tuesday, August 17, 2010

Sedih....

Terasa sedih pilu hati ini apabila terbaca nukilan hati insan-insan yang berkongsi udara yang sama yang sudah jauh terpesong. Mereka insan yang memikir dan memandang situasi dengan pandangan yang dalam. Apa kan daya...apa yang difikirkan jauh terpesong dengan agama yang kita cintai...kita hidup di dunia ini yang penuh pancaroba dan dugaan dengan berpegang teguh kepada agama agar memberi kita kekuatan dan panduan agar tidak terpesong mahupun terpengaruh dengan dugaan-dugaan yang sentiasa muncul yang cuba menggoyah hati iman kita. Andai pemikiran insan-insan ini diperbetulkan dengan keindahan-keindahan yang ada, InsyaAllah...pandangan mereka terhadap sekeliling akan lebih ceria dan sinaran baru terpancar di hati masing-masing. Tiada manusia yang sempurna...namun kecacatan masing-masing adalah menjadi tanggunjawab diri sendiri untuk sentiasa diperbaiki. Kita dilahirkan di dunia ini dengan anugerah yang tidak terhingga..akal...diberi kewajipan sebagai khalifah.
Mereka menilai situasi dengan penghargaan yang lebih, bukan sekadar memandang tanpa berfikir...keinginan hati untuk mencari jawapan sentiasa bermain di jiwa mereka. Mereka bagaikan pertama indah andai diberi didikan dan bimbingan yang dapat membuka hati mereka yang sentiasa bersedia untuk dibuka. Namun, ilmu-ilmu yang kuning terlebih dahulu membuka hati mereka..sedih...hati ini terasa pilu..
Diri ini bersyukur hidayah telah disinarkan sejak kecil lagi..Alhamdulillah..ilmu yang ditanam di dada ini menjadi panduan dalam mengharungi kehidupan duniawi yang penuh ujian...
Kita hendaklah sentiasa berdoa agar diterangkan hati dengan ilmu yang diberkati... Biarpun markah peperiksaan rendah...jangka masa yang lama untuk belajar...ilmu yang dicapai haruslah diberkati. Kemampuan setiap insan dalam penerimaan ilmu adalah berbeza. Sentiasalah berdoa agar ilmu yang diri kita terima adalah ilmu yang diberkati...
Bersama-samalah kita berdoa agar hati insan-insan yang merupakan saudara kita sendiri ini disinarkan cahaya hidayah agar permata indah ini tidak kita hilang. Genggamlah tangan mereka yang sentiasa meronta untuk dilepaskan...genggam dan bersama-sama menghadapi dunia ini dan bersedia dengan bekalan di akhirat kelak. Tegurlah mereka dengan kasih sayang dan prihatin agar mereka tidak terasa keseorangan sesat di perjalanan kehidupan...
Sedih....pilu....Ya Allah...bukankanlah pintu hati kami hamba-hamba mu ini yang sentiasa alpa dan leka....bukakanlah pintu hati saudara-saudara kami dengan curahan hidayah daripada mu Ya Allah Ya Tuhan...kami merindui Mu dan RasulMu Ya Allah....................

No comments: